Maxis Tawarkan Galaxy S20 Pada Harga Serendah RM243/bulan

Keluarga Samsung Galaxy S20 dilancarkan dalam tiga model. Di Malaysia, kita akan terima Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra 5G yang dijual pada harga seperti berikut:

  • Samsung Galaxy S20 – RM3,599
  • Samsung Galaxy S20+ – RM3,999
  • Samsung Galaxy S20 Ultra 5G – RM4,999

Tempahan untuk milikinya oleh telco-telco utama sudahpun berjalan hingga 26 Februari 2020 dan akan mula diedarkan 6 Mac 2020. Tempahan awal Galaxy S20+ dan S20 Ultra 5G akan menerima Galaxy Buds+ secara percuma, sementara stok masih ada.

Maxis ialah salah satu telco yang menyediakan promosi tempahan Galaxy S20. Mereka tawarkan dalam dua mode, satu Zerolution, dan satu lagi Device Bundle. Beza antara Zerolution dengan Device Bundle adalah jika anda tak mahu bayar satu sen semasa di kaunter, anda boleh langgan Zerolution manakala Device Bundle bolehkan anda beli telefon pada harga subsidi.

Berikut adalah tawaran Maxis untuk keluarga Galaxy S20.

Galaxy S20 Zerolution

Galaxy S20 Device Bundle

Galaxy S20 boleh didapati pada komitmen bulanan serendah RM243/bulan. Dengannya anda dapat data mentah sebanyak 20GB dan juga 10GB tambahan yang boleh digunakan pada hujung minggu.

Galaxy S20+ Zerolution

Galaxy S20+ Device Bundle

Untuk S20+ dan S20 Ultra, Maxis tak tawarkan MaxisOne plan 98 sebaliknya tawaran bermula dengan MaxisONE plan 128. S20+ boleh didapatkan pada harga serendah RM277/bulan manakala S20 Ultra pada RM317.bulan.

Galaxy S20 Ultra Zerolution

Galaxy S20+ Device Bundle

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Samsung Galaxy Buds+ Dikepilkan Bersama Tempahan Galaxy S20+ dan S20 Ultra Untuk Pasaran Malaysia