• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM bekerjasama dengan Fave, Klook, Menara KL dan MHTC, menawarkan pek SIM data tanpa had untuk pelancong

  • OLEH Najib
  • 1:12 pm
  • 13/02/2020
  • Komen
TM bekerjasama dengan Fave, Klook, Menara KL dan MHTC, menawarkan pek SIM data tanpa had untuk pelancong
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi menyemarakkan lagi sambutan Tahun Melawat Malaysia 2020, Telekom Malaysia (TM) kini memperkenalkan pek prabayar baru yang dikenali sebagai Unifi Mobile Travel Pass. Ia menyediakan data tanpa had kepada pelancong yang tiba di Malaysia.

TM turut mengumumkan kerjasama dengan Fave, Klook, Menara KL dan Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia untuk menjadikan Travel Pass lebih mudah didapati.



Travel Pass ini boleh dibeli dalam dua pilihan, pas 7-hari dan pas 15-hari. Pas 7-hari berharga RM30 manakala pas 15-hari berharga RM60. Kedua-dua pas ini datang dengan data tanpa had serta kredit RM5. Untuk membuat panggilan, ia dikenakan caj 20sen/minit manakala SMS pula 10sen setiap satu.

Pelancong yang datang ke Malaysia, boleh mendapatkan Travel Pass ini secara dalam talian di laman web Unifi Mobile, Fave atau Klook, serta di Kaunter Penerangan Pelancongan di Lapangan Terbang KLIA, KLIA2, Langkawi, Pulau Pinang Kota Kinabalu dan Kuching. Di tengah bandaraya Kuala Lumpur, ia turut boleh dibeli di Menara KL.



Untuk mendaftar, pelancong perlu menunjukkan pasport asal, berumur 12 tahun ke atas serta memberikan maklumat tempat tinggal di Malaysia. Hanya 1 kad sim dibenarkan untuk 1 pasport.

Dari ruangan soalan lazim FAQ, Travel Pass ini disediakan untuk bukan warganegara Malaysia sahaja. Semua transaksi pembelian hanya dibuat menggunakan kad kredit. Tempoh sah kad sim ini bermula dari hari pertama ia diaktifkan atau 30 hari dari tarikh pembelian, mana-mana yang tiba dahulu.

Untuk maklumat lanjut mengenai kad sim Unifi Mobile Travel Pass, layari laman web mobile.unifi.com.my/travelpass.

Tags: TMUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

TM bekerjasama dengan Fave, Klook, Menara KL dan MHTC, menawarkan pek SIM data tanpa had untuk pelancong

TM bekerjasama dengan Fave, Klook, Menara KL dan MHTC, menawarkan pek SIM data tanpa had untuk pelancong

13 February 2020
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN