Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Mi 10 Pro miliki kamera dan sistem bunyi jauh lebih baik dari iPhone 11 Pro Max

Xiaomi baru sahaja melancarkan telefon flagship terbaru mereka, Mi 10 Pro di China semalam. Tetapi dengan pantas, ia telah merampas dua takhta di DxOMark. Takhta kamera terbaik dan takhta audio terbaik.

Menurut DxOMark, Mi 10 Pro yang mereka uji ini menggunakan firmware yang akan diberikan kepada peranti pelanggan dalam kemaskini pada 5 Mac 2020. Mungkin akan terdapat perbezaan apabila firmware sebenar dilepaskan kelak, berbanding apa yang ada di peranti yang telah mereka uji.

Mi 10 Pro merampas tempat pertama dalam dua jenis ujian DxOMark, iaitu ujian kamera belakang dan ujian audio. Ia beroleh 124 markah di ujian kamera, 1 mata di atas Huawei Mate 30 Pro 5G dan 7 mata di atas Apple iPhone 11 Pro Max. Manakala di ujian audio, ia menerima 76 mata, 5 mata di atas Apple iPhone 11 Pro Max dan 7 mata di atas ASUS ROG Phone II.

Kehebatan audio di Mi 10 Pro disumbang oleh penggunaan pembesar suara stereo yang menembak bunyi ke tepi. Ia mengatasi ASUS ROG Phone II yang menggunakan pembesar suara stereo yang menembak ke depan muka pengguna.

Ia bukan sahaja menghasilkan bunyi yang bagus tetapi turut merakam audio dengan baik. Antara kekurangannya ialah prestasi bunyi menonton filem tidak sebaik mendengar muzik serta kurang lantang di tahap audio tertinggi berbanding telefon pintar lain.

Di bahagian kamera pula, ia mendapat markah yang sama dengan Huawei Mate 30 Pro 5G di bahagian gambar tetapi mengatasinya di bahagian video. Ia disumbang oleh penstabil video yang lebih efisyen serta autofokus yang pantas dan tepat dalam suasana cerah dan malap.

Dalam mengambil gambar, Mi 10 Pro memiliki kelebihan menerusi zum optikal terutama apabila mengezum jarak sederhana dan jauh. Selain itu, ia menghasilkan gambar bokeh yang tepat dan lebih teliti dalam membezakan latar dan subjek.

BACA  Kamera di bawah skrin, akan dilancar di telefon Xiaomi tahun hadapan

Mi 10 Pro dilengkapi empat kamera belakang iaitu kamera utama 108MP F1.69 dengan saiz sensor 1/1.33-inci bersama OIS. Kamera kedua ialah kamera telefoto 12MP F2.0 dengan keupayaan 2x zum optikal. Kamera ketiganya juga kamera telefoto, tetapi dengan 8MP F2.0 bersama OIS dan berupaya membuat 10x zum hibrid. Kamera keempatnya ialah kamera ultra lebar 20MP F2.2.

Untuk membaca laporan penuh mengenai ujian ini, layari laman kamera Mi 10 Pro DxOMark dan laman audio Mi 10 Pro DxOMark.