Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

ShopBack tawar hadiah wang tunai RM50,000 sempena ulangtahun ke-5

Platform cashback terkemuka di Malaysia, Shopback hari ini meraikan ulangtahun ke-5 mereka dengan mengumumkan tawaran 100% epic cashback serta wang tunai RM50,000 untuk pengguna yang bertuah. Lebih banyak cashback yang dinaikkan ganjarannya turut disediakan dalam tempoh tawaran ini.

Dari 21 hingga 24 Februari 2020, sebarang transaksi pembelian melalui ShopBack berpeluang untuk memenangi baucer epic 100% cashback, wang tunai RM10,000 dan bonus eksklusif menerusi butang Shopback. Antara ganjaran cashback yang dinaikkan adalah:

  • Dahmakan – sehingga 15% cashback dari 13 Februari hingga 13 Mac
  • Nike – sehingga 18% cashback dari 20 hingga 24 Februari
  • Zalora – sehingga 12% cashback dari 21 hingga 27 Februari
  • Agoda – sehingga 10.5% EPIC cashback dari 21 hingga 23 Februari
  • Lenovo – sehingga 9% cashback dari 21 hingga 27 Februari
  • Adidas – sehingga 9% cashback dari 21 hingga 24 Februari
  • Trip.com – sehingga 9% cashback dari 21 hingga 25 Februari
  • Expedia – sehingga 9% cashback dari 21 hingga 24 Februari
  • Cotton On – sehingga 8% cashback dari 21 hingga 25 Februari
  • Senheng – sehingga 7.5% cashback dari 21 hingga 24 Februari
  • Watsons – sehingga 6% cashback dari 21 hingga 24 Februari
  • Hermo – sehingga 5% cashback dari 21 hingga 22 Februari

Dalam pengumuman yang sama, ShopBack turut melancarkan ShopBack Button yang baru di pelayar di komputer. ShopBack Button ini boleh dipasang di pelayar Chrome dan Firefox, dengan kemaskini baru ini ia memudahkan pengguna memasukkan kod baucer secara automatik tanpa perlu mencari dan menaipnya. Pengguna juga akan sentiasa diberi peringatan untuk mengaktifkan Shopback setiap kali melayari laman web yang menyediakan ganjaran tunai ShopBack.

BACA  20% kredit ekstra apabila tambah nilai TuneTalk sehingga 31 Mac

Menurut Shopback, mereka kini memiliki lebih 2.5 juta pengguna, dengan peningkatan 150% pendaftaran pengguna baru dan 200% kenaikan jualan berbanding tahun 2018. Peningkatan ini turut dibantu oleh pengenalan ganjaran tunai yang baru seperti Online Survey dan eWallet, di samping kerjasama dengan rakan peniaga yang terus berkembang.

ShopBack kini memiliki lebih 500 rakan niaga di Malaysia dengan kategori popular seperti platform e-dagang (Shopee, Lazada, taobao), fesyen, kesihatan dan kecantikan (Zalora, Hermo, FashionValet) dan pelancongan (Agoda, Booking.com dan Klook). Pengguna ShopBack boleh menikmati tunai kembali untuk setiap transaksi pembelian dalam talian mereka yang boleh disalurkan terus ke akaun bank pilihan selepas pembelian disahkan.

Di Malaysia, pengguna ShopBack telah menerima cashback lebih dari RM60 juta hingga kini. Jumlah cashback paling banyak dikumpulkan setakat ini oleh seorang pengguna adalah sebanyak RM69,145.84. Tahun lepas, seorang pengguna menerima cashback lebih dari RM5,200 menerusi pembelian di Booking.com semasa jualan 11.11.

Adakah anda sering membeli-belah dalam talian? Jika ya, pastikan anda telah memiliki akaun ShopBack kerana ia memberikan tunai kembali kepada anda dalam setiap pembelian, menerusi konsep perkongsian komisyen. Daftar ShopBack secara percuma menerusi laman web www.shopback.my atau muat turun aplikasi mudah alih.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi ulangtahun ke 5 ini, layari laman web www.shopback.my/anniversary.