Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Walaupun lebih mahal, lebih 42 ribu unit Mi 10 habis dijual dalam masa seminit

Xiaomi telah melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka, Mi 10 di China pada 13 Februari 2020. Jualan pertamanya telah ditetapkan pada hari selepasnya, 14 Februari dan stok gelombang pertama ini habis dijual dalam masa 1 minit sahaja, di semua platform jualan.

Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun di mana beliau menyatakan, semua stok Mi 10 di pelbagai platform telah habis dijual, menjana sebanyak RMB 200 juta (~RM118 juta) transaksi jualan. Ia dianggarkan sekitar 42,500 ke 50,000 unit Mi 10 telah dijual.

Nampaknya populariti Xiaomi masih belum pudar, walaupun harga telefon pintar mereka kian meningkat. Mi 10 dijual pada harga bermula RMB3,999 (~RM2,372) berbanding Mi 9 dari RMB2,999 (~RM1,778) sahaja. Malah, Mi 10 memiliki kamera yang jauh lebih rendah prestasi berbanding Mi 10 Pro, kerana ketiadaan kamera teleskop.

Mi 10 dikuasakan pemproses terbaru Snadpragon 865 5G bersama RAM LPDDR5 serba baru sehingga 12GB dan storan UFS3.0 sehingga 256GB. Baterinya sebesar 4,780mAh dan ia menyokong pengecasan pantas wayar dan wayarles 30W. Skrinnya berukuran 6.67-inci dari jenis AMOLED dan melengkung di sisi, serta refresh rate 90Hz.

Di belakang, ia dilengkapi empat kamera iaitu kamera utama 108MP, kamera ultra lebar 13MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Manakala di hadapan, ia menggunakan kamera 20MP yang terletak di dalam lubang di bahagian atas skrin.

Sumber: GSMArena, PlayfulDroid

BACA  Diskaun RM100 Redmi Note 9S dan banyak lagi tawaran menarik di Mi Fan Festival 2020