Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

TM cadang beberapa cara selesaikan masalah akses permainan video di Unifi

Beberapa minggu kebelakangan ini, ramai pengguna Unifi mengadu masalah untuk mendaftar masuk ke pelayan permainan video. Ada yang menganggap, TM telah menyekat akses ke pelayan EA, Ubisoft serta Playstation Network (PSN).

TM kini tampil menjelaskan bahawa tuduhan tersebut tidak benar. Mereka tidak menyekat akses pengguna Unifi ke pelayan permainan video kerana menyedari kepentingan permainan video dan eSports di Malaysia. Sehubungan itu, TM telah membuat siasatan dan menghubungi penyedia perkhidmatan permainan video untuk mendapatkan jawapan.

Dalam siasatan tersebut, TM menemui beberapa isu yang memberi kesan kepada bukan sahaja pengguna Unifi, tetapi pengguna perkhidmatan internet lain di Malaysia juga. TM merumuskan, isu ini tidak terhad kepada pengguna Unifi sahaja.

TM menyatakan, mereka memiliki liputan terluas dengan rangkaian konvergen yang disokong oleh pelbagai lapisan sambungan terus ke seluruh dunia, 12 pusat data, 20 kabel dasar laut merentasi benua dengan kabel gentian optik sepanjang lebih 560,000km meliputi dalam dan luar negara.

Tidak Boleh Daftar Masuk

Salah satu sebab gangguan akses yang ditemui TM adalah kerana cubaan mendaftar masuk terlalu banyak. Ia merupakan salah satu petanda akaun pengguna sedang cuba digodam dan ini menyebabkan akaun disekat buat sementara waktu. TM menasihatkan pengguna yang terlibat agar menghubungi penyedia perkhidmatan permainan video mereka jika tidak dapat mendaftar masuk akaun mereka.

PSN NAT

Untuk pemain konsol Playstation pula, TM mendapati kebanyakannya berdepan masalah PSN Network Address Translation (NAT). TM meminta pengguna untuk melayari forum komuniti Unifi untuk mendapatkan cara menyelesaikan masalah ini.

Cara menyelesaikan masalah PSN NAT adalah dengan menukar DNS kepada Google DNS. Jika ia masih tidak selesai, mereka boleh mendapatkan bantuan lanjut menerusi forum komuniti Unifi yang memiliki ahli aktif yang sering membantu pengguna menyelesaikan masalah berkaitan Unifi.

BACA  Huawei Nova 7 5G miliki kuasa flagship di bawah RM2000

Adakah anda antara yang berhadapan masalah ini. Dapatkah penyelesaian TM di atas membantu anda? Jika anda memiliki penyelesaian lain, kongsikan dengan semua di ruangan komen.

Sumber: Unifi