• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hanya SKMM ada kuasa ambil tindakan terhadap isu Sajjad di Mekah

  • OLEH Najib
  • 12:38 pm
  • 19/02/2020
  • Komen
Hanya SKMM ada kuasa ambil tindakan terhadap isu Sajjad di Mekah
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, menyerahkan kepada pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis untuk mengambil tindakan terhadap Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih popular dengan nama Sajat. Ia berikutan muat naik gambarnya di media sosial dengan berpakaian wanita ketika mengerjakan umrah.

Menurut Mujahid, beliau sudah mengambil inisiatif membuat aduan rasmi dan berbincang dengan SKMM mengenai tindakan terhadap Muhammad Sajjad. Masih ramai yang bertanya beliau apakah tindakan yang telah beliau ambil, tetapi perlu difahami bahawa bidang kuasa membabitkan media sosial dan berkaitannya adalah di bawah SKMM, jelas Mujahid.



Muat naik gambar Sajjad ketika di Mekah

Beliau tegas bahawa perbuatan Muhammad Sajjad memakai pakaian wanita dan berlagak seperti wanita itu adalah salah di sisi agama. Bagaimanapun, perbuatan itu dilakukan di luar negara, jadi dia tidak terikat dengan undang-undang di negara kita, kata Mujahid.

SKMM pula dilaporkan masih belum membuat keputusan terhadap isu ini. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith berkata, sesiapa saja boleh membuat aduan kepada SKMM, tetapi mereka perlu mematuhi proses sewajarnya. Ini bermakna polis perlu menyiasat aduan itu dan menyerahkan hasil siasatan kepada SKMM.



“Jika penemuan mereka sejajar peruntukan SKMM, maka mereka akan bertindak sewajarnya, seperti memuat naik kandungan menyinggung perasaan. Buat masa ini, kita belum membuat keputusan, saya percaya kita akan meneliti semua maklumat yang ada, kita tidak boleh buat kesimpulan dan perlu mematuhi proses sewajarnya serta undang-undang,” terang Eddin.

Sumber: Harian Metro, FMT

Tags: Gobind SinghMujahid Yusof RawaSajat
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Hanya SKMM ada kuasa ambil tindakan terhadap isu Sajjad di Mekah

Hanya SKMM ada kuasa ambil tindakan terhadap isu Sajjad di Mekah

19 February 2020
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN