• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple mahu perkenal fon kepala AirPods Pro yang lebih murah

  • OLEH Najib
  • 4:42 pm
  • 24/02/2020
  • Komen
Apple Airpod generasi kedua kini tanpa wayar sepenuhnya
Share on FacebookShare on Twitter

Apple dikhabarkan mahu memperkenalkan satu lagi fon kepala TWS baru, AirPods Pro tetapi pada harga yang lebih murah. Ia berikutan populariti fon kepala TWS Apple terutama sekali apabila ramai pengeluar lain yang meniru rekaan mereka. Apple mensasarkan untuk melancarkan tiga tahap harga berbeza, bagi fon kepala TWS keluaran mereka.

Perkara ini dilaporkan oleh Digitimes, di mana AirPods Pro “Lite” ini dikatakan akan dijual pada harga di antara AirPods Pro (USD249 ~RM1,051) dan AirPods 2 (USD159 ~RM671). Di Malaysia, harga untuk AirPods Pro ialah RM1,099 manakala AirPods 2 pula RM699.



Apa yang membezakan versi Pro dan bukan Pro ialah fungsi pembatalan bunyi hingar, selain perumah yang menyokong pengecasan wayarles.

Dalam laporan itu, syarikat Universal Scientific Industrial (USI) dari Taiwan akan menjadi pembekal utama dalam penghasilan AirPods Pro Lite dan ia akan menggunakan cip berteknologi System-in-Package (SiP).



Perkara ini masih dalam peringkat khabar angin dan ia dijangka akan mula dijual pada pertengahan tahun ini. Walaubagaimanapun, penularan wabak COVID-19 mungkin melambatkan pelancarannya. AirPods 2 masih menjadi model TWS terbanyak dijual Apple, tetapi jualan AirPods Pro dijangka meningkat ke 40-50% dari jumlah jualan AirPods menjelang akhir tahun 2020.

Sumber: GSMArena, Digitimes

Tags: appleapple airpods proApple AirPods Pro Lite
Najib

Najib

POPULAR

Apple Airpod generasi kedua kini tanpa wayar sepenuhnya

Apple mahu perkenal fon kepala AirPods Pro yang lebih murah

24 February 2020
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN