• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gobind Singh tidak lagi memegang jawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:18 pm
  • 24/02/2020
  • Komen
Gobind senaraikan pakej internet khusus untuk OKU
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia hari ini dikejutkan dengan perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau telah mengutus surat perletakan jawatan itu hari ini dan telah diperkenan oleh YDP Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Kenyataan Akhbar : Peletakan Jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pic.twitter.com/naW2MajfsG

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) February 24, 2020

Selaras dengan perletakan jawatan ini, YDP Agong hari ini telah membatalkan pelantikan Timbalan Perdana Menteri, semua Menteri, Timbalan Menteri dan Setuausaha Politik atas nasihat Perdana Menteri. Termasuk jawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang dipegang oleh ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.



Kenyataan Media mengenai Kedudukan Anggota Pentadbiran berikutan Peletakan Jawatan YAB Perdana Menteri Malaysia pic.twitter.com/ENetA5h4Pm

— Mohd Zuki Ali (@zukiAli_) February 24, 2020

Gobind Singh merupakan salah seorang menteri yang sering memuat naik status dan berkongsi maklumat terkini beliau di media sosial. Bagaimanapun, tiada status terbaru dari beliau sejak berlakunya pergolakan politik Malaysia semalam.

Menteri Pertanian dan Asas Tani, Salahuddin Ayub, telah memuat naik kenyataan media di Facebook beliau bertajuk: Ucapan Maaf dan Penghargaan Kepada Petani, Penternak dan Nelayan, kerana tidak lagi dapat memperjuangkan nasib mereka.



Manakala Menteri Kesihatan pula, Dr Dzulkefly yang berjuang menangani wabak COVID-19 di Malaysia, meneruskan tugasnya seperti biasa hari ini. Beliau memberi kemaskini penularan wabak tersebut pagi ini dengan ucapan diakhirnya, tweet terakhir sebagai Yang Berkhidmat Menteri Kesihatan.

AlhamdulilLah!
2 lg kes COVID-19 pulih sepenuhnya & discaj hari ini. TIADA kes +ve baru.🤲

Kes-14 & Kes-19 sblm ini dirawat di HKL.
Jumlah yg tlh pulih sepenuhnya & discaj hingga hari ini 20 org.

2 masih dirawat di wad dan stabil.

Tweet saya terakhir sbg YBMK. TK! pic.twitter.com/l1c73qBQXg

— Dzulkefly Ahmad (@DrDzul) February 24, 2020

Sehingga Perdana Menteri baru dilantik, YDP Agong melantik Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim mengikut Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Ia bagi membolehkan Tun Dr Mahathir menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan anggota Kabinet baharu dilantik.

Sumber: Berita Harian

Tags: Gobind Singh
Najib

Najib

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

28 April 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER