• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ucapan terakhir Menteri Kesihatan umum dua lagi pesakit COVID-19 pulih sepenuhnya

  • OLEH Najib
  • 4:05 pm
  • 24/02/2020
  • Komen
Ucapan terakhir Menteri Kesihatan umum dua lagi pesakit COVID-19 pulih sepenuhnya
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Dzulkefly Ahmad hari ini mengumumkan sebanyak dua lagi pesakit positif COVID-19, pulih sepenuhnya. Beliau turut mengumumkan tiada kes baharu dilaporkan hari ini.

Ini menjadikan sebanyak 20 pesakit COVID-19 di Malaysia telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang. Terdapat dua lagi pesakit masih dirawat di wad dan stabil.



AlhamdulilLah!
2 lg kes COVID-19 pulih sepenuhnya & discaj hari ini. TIADA kes +ve baru.🤲

Kes-14 & Kes-19 sblm ini dirawat di HKL.
Jumlah yg tlh pulih sepenuhnya & discaj hingga hari ini 20 org.

2 masih dirawat di wad dan stabil.

Tweet saya terakhir sbg YBMK. TK! pic.twitter.com/l1c73qBQXg

— Dzulkefly Ahmad (@DrDzul) February 24, 2020

Ciapan beliau di twitter ini turut diakhiri dengan kenyataan “Tweet saya terakhir sbg Yang Berkhidmat Menteri Kesihatan. Terima Kasih!“.

Beliau menulis begini selepas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri hari ini dan telah menghantar surat perletakan jawatan tersebut kepada YDP Agong. Tun Dr Mahathir turut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).



Kenyataan Akhbar : Peletakan Jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pic.twitter.com/naW2MajfsG

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) February 24, 2020

Kenyataan Media : Peletakan Jawatan sebagai Pengerusi Bersatu pic.twitter.com/9ygPEF7U59

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) February 24, 2020

Dengan perletakan jawatan Perdana Menteri, bermakna kabinet menteri beliau turut terlucut secara automatik. Sehingga Perdana Menteri baru dilantik, tiada menteri baru akan bertugas buat masa ini.

Semoga semuanya berjalan lancar serta menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih perkasa dan sentiasa dirahmati.

Tags: COVID-19koronavirus
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Ucapan terakhir Menteri Kesihatan umum dua lagi pesakit COVID-19 pulih sepenuhnya

Ucapan terakhir Menteri Kesihatan umum dua lagi pesakit COVID-19 pulih sepenuhnya

24 February 2020
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN