• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme X50 Pro 5G pecah rekod telefon paling mahal keluaran Realme

  • OLEH Najib
  • 9:06 pm
  • 24/02/2020
  • Komen
Realme X50 Pro 5G pecah rekod telefon paling mahal keluaran Realme
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun acara MWC 2020 di Barcelona dibatalkan, ia tidak menghalang niat awal Realme untuk meneruskan pelancaran telefon baru mereka di Eropah. Hari ini, Realme X50 Pro 5G telah dilancarkan dengan kuasa terkini dan prestasi tertinggi pada harga lebih rendah dari kebiasaan.

Banyak naik taraf dipasang di Realme X50 Pro berbanding Realme X50 yang dilancar di China awal tahun ini, melayakkan nama Pro padanya. Bermula dari kuasa pemprosesnya, ia menggunakan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 865 5G, yang memiliki modem 5G terbina di dalam. Menurut Realme, telefon ini adalah yang pertama di dunia mencapai markah melebihi 600,000 di ujian AnTuTu.



Prestasi tertinggi di telefon ini diteruskan dengan penggunaan RAM generasi terbaru, LPDDR5 sehingga 12GB dan storan terpantas UFS3.0 sehingga 256GB. Ia juga menyokong WiFi 6 dan rangkaian 5G dengan antena 360-darjah, memberikannya liputan lebih meluas.

Skrinnya sedikit kecil berbanding Realme X50, iaitu seluas 6.44-inci sahaja dengan lubang di atas untuk kamera hadapan. Skrin ini dari jenis Super AMOLED dengan Refresh Rate setinggi 90Hz dan Sampling Rate mencecah 180Hz. Ia turut memiliki pengimbas capjari tertanam di dalam skrin, kini lebih efisyen dengan kadar pengecaman sepantas 0.27 saat.



Dengan skrin kecil, maka badannya juga lebih kecil. Ia memuatkan bateri berkapasiti 4,200mAh sahaja tetapi dengan sokongan pengecasan pantas SuperDart 65W melalui USB-C. Ia boleh mengecas penuh dari 0 ke 100 dalam masa 35 minit sahaja. Selain itu, ia turut serasi dengan pengecasan pantas 18W QC/PD, membolehkan ia menggunakan pengecas lain lebih pantas dari biasa. Menariknya, Realme memberikan kepala pengecas GaN yang memiliki saiz jauh lebih kecil dari kepala pengecas biasa.

Kamera di belakang telefon ini ada empat. Kamera utamanya ialah kamera 64MP F1.8 yang menggunakan sensor Samsung GW1, bersama kamera ultra lebar 8MP F2.3, serta kamera telefoto 12MP F2.5 dengan keupayaan zum optikal 2x. Kamera keempatnya ialah kamera hitam putih 2MP F2.4 yang turut bertindak sebagai kamera bokeh. Kamera ini boleh merakam video sehingga 4K dan dilengkapi penstabil Video UIS.

Kamera hadapan pula ada dua, terletak di dalam lubang di atas skrin. Kamera utamanya ialah kamera 32MP F2.5 dari sensor Sony IMX616 bersama kamera ultra lebar 8MP F2.2. Kamera depan ini juga boleh dilengkapi penstabil video UIS dan boleh merakam video sehingga 1080p.

Sistem bunyi Dolby Atmos diterapkan di dalamnya dan ia menghasilkan bunyi stereo menerusi dua pembesar suara di atas dan bawah telefon. Tetapi ia tidak lagi memiliki jek audio 3.5mm serta tidak kalis air dan debu dan tiada pengecasan wayarles. Telefon baru ini menjalankan sistem operasi Android 10 menggunakan antaramuka Realme UI.

Terdapat dua warna diperkenalkan untuk Realme X50 Pro: merah karat dan hijau kulat. Ia menggunakan kemasan kaca matte di belakang, untuk memberikan rasa genggaman yang tidak licin dan lebih mesra dipegang.

Realme X50 Pro akan mula dijual di Eropah pada bulan April dengan tiga varian, pada harga berikut:

  • Realme X50 Pro (RAM 8GB + Storan 128GB) – EUR599 (~RM2,757)
  • Realme X50 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – EUR669 (~RM3,079)
  • Realme X50 Pro (RAM 12GB + Storan 256GB) – EUR749 (~RM3,447)

Ia dikhabarkan akan dijual di lebih banyak negara tidak lama kemudian seperti Arab Saudi, India, Thailand, Singapura dan Malaysia, tetapi belum ada tarikh ditetapkan. Untuk perbandingan dengan telefon flagship sedia ada, Realme X2 Pro berkuasa Snapdragon 855 dengan RAM 12GB dan storan 256GB berharga RM2,499 di Malaysia.

Berapakah agaknya harga untuk Realme X50 Pro 5G di Malaysia nanti? Mungkin ia melebihi RM3,000 jika hanya varian tertinggi yang dijual di Malaysia, sama seperti Realme X2 Pro.

Tags: RealmeRealme X50 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Realme X50 Pro 5G pecah rekod telefon paling mahal keluaran Realme

Realme X50 Pro 5G pecah rekod telefon paling mahal keluaran Realme

24 February 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER