fbpx

Realme X2 Pro: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

Telefon yang dinantikan ramai telah tiba di Malaysia. Realme X2 Pro dikatakan sebagai flagship killer yang seterusnya kerana telefon ini membawakan spesifikasi flagship pada harga patut.

Realme membawa masuk hanya varian tertinggi ke Malaysia iaitu yang memiliki RAM 12GB dan storan 256GB dan akan mula dijual di Malaysia seawal 7 Disember 2019.

Tapi jika anda takut kehabisan stok, Lazada akan adakan promosi Chup Dulu pada tengah malam 5 Disember 2019 bersama-sama hadiah menarik. Tempahan tersebut akan mula diedarkan pada 12 Disember 2019, iaitu hari penjualan X2 Pro dalam talian.

Tarikh penting penjualan Realme X2 Pro:

  • 5 Disember 2019 – Chup Dulu Lazada (hadiah Realme TWS, Power Bank, dan beg)
  • 7 Disember 2019 – Jualan luar talian di DirectD PJ
  • 12 Disember 2019 – Jualan dalam talian di Lazada

Seperti yang dijangka, Realme X2 Pro dijual pada harga melewati RM2,000 sama seperti harga di Indonesia. Pada RM2,399 ia masih sebuah produk ber-Snapdragon 855+ antara yang termurah dalam pasaran.

Ia duduk sebaris dengan OnePlus 7T Pro, ROG Phone II, Nubia Red Magic 3S, Black Shark 2 Pro, dan beberapa yang lain. Sungguhpun tak dipasarkan sebagai telefon gaming, ia ada beberapa specs yang cocok untuk tujuan tersebut.

Antaranya adalah paparan OLED ber-refresh rate setinggi 90Hz, penggunaan storan daripada jenis UFS 3.0, stereo speaker, bateri besar, dan pengecasan pantas.

Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang X2 Pro dalam artikel buka kotak kami ini.

BACA  Muat turun kemaskini iOS 13.2.2 untuk baiki keupayaan berbilang tingkap aplikasi