• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Boboiboy Galaxy akan terus berjuang di alam baru Power Sphera Universe

  • OLEH Najib
  • 8:22 pm
  • 26/02/2020
  • Komen
Boboiboy Galaxy akan terus berjuang di alam baru Power Sphera Universe
Share on FacebookShare on Twitter

Filem Boboiboy The Movie 2 yang ditayangkan tahun lepas, telah berjaya memecahkan banyak rekod tayangan filem tempatan. Jika anda tertanya-tanya apa yang terjadi kepada Boboiboy dan rakan-rakan selepas mengalahkan Retak’ka, maka anda perlu mendapatkan komik terbaru keluaran Monsta ini.

Monsta hari ini telah melancarkan siri komik bulanan terbaharu, Boboiboy Galaxy Musim 2. Komik ini akan menyambung pengembaraan Boboiboy Galaxy selepas tamat kisah mereka di Boboiboy Movie 2, menerusi alam “Power Sphera Universe”.



Orang ramai boleh membeli komik Boboiboy Galaxy Musim 2 bermula 16 Mac kedai runcit, kedai serbaneka, kedai online dan kedai buku terpilih. Komik ini akan dikeluarkan setiap bulan dan dijual pada harga RM5.90 di Malaysia Barat dan RM6.90 di Malaysia Timur.

Komik ini akan turut boleh didapati dalam bentuk digital menerusi aplikasi Monsta. Ia dijangka menemui peminat pada bulan Jun dan episod terbaru akan kelaur lebih lambat dari jualan di Malaysia, disebabkan perlu diterjemah dahulu.



Komik Boboiboy Galaxy Musim 2 akan membawakan kisah pengembaraan BoBoiBoy dan rakan di dalam Power Sphera Universe. Mereka akan bertemu pelbagai musah dan rintangan sambil dianugerahkan kuasa baharu. Apakah kuasa baharu yang dikatakan ini. Anda perlu dapatkan komik ini untuk mengetahui kisahnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Monsta, Nizam Abd Razak, siri komik bulanan ini menandakan permulaan kepada Power Sphera Universe, sebuah alam angkasa yang akan menggabungkan pelbagai watak ‘harta intelek’ daripada Monsta seperti BoBoiBoy, Mechamato dan adiwira baharu yang akan datang. Monsta juga akan memperkenalkan lebih banyak kandungan ‘harta intelek’ yang menampilkan watak-watak baharu dengan gaya penceritaan unik, untuk dijalinkan bersama ke Powere Sphera Universe.

Jika anda tidak faham dengan konsep Power Sphera Universe ini, anda boleh merujuk kepada filem Avengers. Avengers menggunakan alam ‘Marvel Cinematic Universe’ yang menggabungkan beberapa watak dari filem lain seperti Iron Man, Hulk, Thor, Spiderman dan banyak lagi dalam satu jalan cerita unik yang boleh berdiri sendiri atau bergabung cerita. Bayangkan BoBoiBoy seperti Thor dan Mechamato sebagai Iron Man, mesti seronok nak tengok filem tersendiri dan gabungan antara kedua-dua BoBoiBoy dan Mechamato, serta watak-watak lain kelak.

Monsta berharap tahun 2020 akan membawakan pelbagai pengalaman menarik dan mengujaka buat semua peminat. Lebih banyak berita berkenaan Power Sphere Universe akan diumumkan tidak lama lagi.

Sementara itu, jangan lupa dapatkan komik Boboiboy Galaxy Musim 2 di kedai berhampiran anda.

Tags: BoBoiBoyMonsta
Najib

Najib

POPULAR

Boboiboy Galaxy akan terus berjuang di alam baru Power Sphera Universe

Boboiboy Galaxy akan terus berjuang di alam baru Power Sphera Universe

26 February 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER