Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Wartawan dijamu dengan Powerbank selepas terima KFC, McDonald dan aiskrim percuma

Apakah perkara yang sering menjadi ketakutan ramai masakini? Pasti ramai menjawab, ketiadaan signal internet dan kehabisan bateri telefon pintar.

Bagi memastikan para wartawan yang kini bertugas tanpa henti dari kehabisan bateri telefon pintar, Xiaomi Malaysia mengambil langkah aktif dengan memberikan powerbank percuma di pintu Istana Negara.

Petugas Xiaomi yang berbaju oren membawa kotak yang dipenuhi powerbank ke Istana Negara dan mengedarkan powerbank 20,000mAh berkotak merah kepada wartawan di situ. Turut diselitkan sekeping nota bertulis, “You cover the news, We got you Covered! From Xiaomi Malaysia“. Bermaksud, anda dapatkan berita, kami jaga anda.

Perkara ini dilihat sebagai kesinambungan dari apa yang telah dilakukan oleh YDP Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah sebelum ini. Kemelut politik Malaysia yang bergolak sejak hari Ahad, membuatkan wartawan terpaksa berkampung di Istana Negara untuk mendapatkan berita terkini sehingga hari ini.

Bagi menghargai wartawan yang menunggu, YDP Agong telah menjamu mereka makan tengahari dengan ayam KFC pada hari Isnin. Pada hari Selasa pula, baginda sendiri pergi ke pintu pagar Istana Negara untuk mengagihkan makanan berupa burger dan kentang goreng McDonald.

Usaha baginda ini telah mendapat pujian orang ramai dan ia kini diikuti pula oleh Xiaomi, yang menghadiahkan powerbank buat wartawan. TuneTalk juga dilihat turut menyertai pemberian ini apabila mengedarkan aiskrim kepada wartawan semalam.

Terima kasih kepada petugas dan wartawan yang tidak henti-henti bekerja untuk memberikan berita terkini kepada rakyat Malaysia. Tahniah juga diucapkan terutama sekali kepada YDP Agong atas keprihatinan baginda, serta buat TuneTalk dan Xiaomi atas hadiah tersebut.

BACA  OnePlus Nord mula diambil tempahan awal di Malaysia

Jika anda tidak tahu, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletak jawatan pada hari Isnin, selepas desas-desus perubahan kerajaan bertiup pada hari Ahad. Perletakan jawatan beliau mengakibatkan pembubaran kabinet menteri, sekaligus melepaskan menteri dan timbalan menteri dari jawatan yang dipegang.

YDP Agong telah menerima surat perletakan jawatan Tun Dr Mahathir dan melantiknya sebagai Perdana Menteri sementara. Baginda kini dalam proses mendapatkan jawapan dari semua Ahli Parlimen berkenaan siapakah individu yang mendapat kepercayaan paling ramai untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8, menggantikan Tun Dr Mahathir.

Sementara menunggu proses temuramah Ahli Parlimen oleh YDP Agong selesai, kita kena tunggu sahaja. Nasib baik ada wartawan yang sanggup berkampung di Istana Negara untuk mnyalurkan berita terkini. Terima kasih abang dan kakak wartawan.