• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sewa kereta idaman atau sewakan kereta anda dan jana pendapatan di Trevo

  • OLEH Najib
  • 12:48 pm
  • 27/02/2020
  • Komen
Sewa kereta idaman atau sewakan kereta anda dan jana pendapatan di Trevo
Share on FacebookShare on Twitter

Socar Malaysia, platform sewa kereta digital yang berkembang pesat di Malaysia, kini memperkenalkan platform baru, Trevo. Ia merupakan sebuah platform seperti ‘airbnb’ untuk kereta, di mana orang ramai boleh menyewa kereta orang lain dan mereka juga boleh menyewakan kereta mereka untuk menjana pendapatan.

Platform Trevo diperkasa oleh pengalaman meluas dari Socar, di mana kepercayaan dan keselamatan menjadi kunci utama pelaksanaan. Dengan ini, pemilik kenderaan boleh menyewakan kereta mereka di Trevo dengan tenang dan dilindungi, manakala penyewa kereta juga boleh mendapatkan kereta dengan tahap kualiti yang terjamin.



Trevo diusahakan oleh syarikat Future Mobility Sdn Bhd, milik penuh Socar Mobility Malaysia Sdn Bhd. Socar sendiri dimiliki sebanyak 60% oleh SK Holdings, sebuah konglomerat gergasi dari Korea Selatan. Baki 40% lagi dimiliki oleh Socar Korea.

Dengan cara ini, orang ramai berpeluang untuk menyewa pelbagai jenis kereta mengikut bajet dan keperluan mereka. Pengguna Trevo boleh menyewa kereta Myvi dari serendah RM55/hari, atau pun memandu kereta mewah eksklusif seperti Rolls Royce.



Bagi pemilik kenderaan, platform Trevo membuka ruang untuk menjana pendapatan. Malaysia merupakan negara yang memiliki kenderaan persendirian antara tertinggi di dunia, sebanyak 93% dari jumlah penduduk, serta pemilikian pelbagai kenderaan di rumah setinggi 53%. Sudah pasti, ada kenderaan yang jarang digunakan dan ia boleh disewakan untuk mencari pendapatan tambahan.

Pemilik kenderaan tidak perlu risau lagi dengan bayaran ansuran bulanan, kerana perkongsian kenderaan mereka di Trevo selama 6 ke 8 hari sebulan, sudah cukup untuk membayar pinjaman kenderaan setiap bulan. Pemilik kenderaan juga bebas menetapkan harga sewaan, asalkan ia dalam julat harga yang ditetakan algoritma Trevo.

Anda boleh mencuba Trevo dengan memuat turun aplikasi di Apple Appstore dan Google Playstore. Untuk membaca lebih lanjut mengenai Trevo, layari laman web www.trevo.my atau Facebook Trevo Malaysia.

Tags: Trevo
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Sewa kereta idaman atau sewakan kereta anda dan jana pendapatan di Trevo

Sewa kereta idaman atau sewakan kereta anda dan jana pendapatan di Trevo

27 February 2020
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER