Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Hari Realme pada 3 Mac ada banyak hadiah dan diskaun

Realme Malaysia hari ini mengumumkan akan mengadakan Hari Realme khas pada 3 Mac, bertempat di platform e-dagang Shopee. Pada hari tersebut, mereka akan melancarkan telefon pintar terbaru, Realme 3 yang turut akan dijual pada hari yang sama. Selain itu, banyak diskaun dan hadiah percuma disediakan untuk pembelian produk Realme pada 3 Mac.

Menurut Pengurus Jenama Realme Malaysia, Tiffany Teh, jarang ada produk yang dijual pada hari yang sama ia dilancarkan. Mereka akan melakukannya untuk Realme C3 dan memberi tambah nilai dengan menawarkan promosi untuk produk Realme yang lain.

Orang ramai dijemput untuk turut sama menyaksikan majlis pelancaran Realme C3 pada 3 Mac menerusi Facebook Realme Malaysia atau YouTube Realme Malaysia bermula pukul 2.30 petang. Realme akan menyediakan kejutan istimewa semasa pelancaran tersebut, sebagai sebahagian promosi jualan awal Realme C3. Nak tau apa kejutannya, kenalah tonton majlis pelancaran tersebut.

Antara produk yang akan ditawarkan eksklusif pada 3 Mac nanti adalah:

  • Realme C2 (RAM 2GB + Storan 32GB) RM399 + hadiah percuma bernilai RM99
  • Realme 3 Pro (RAM 6GB + Storan 128GB) RM999 RM699
  • Realme 5 (RAM 3GB + Storan 64GB) RM599 RM468 + 7 hadiah percuma
  • Realme 5s (RAM 4GB + Storan 128GB) RM799 + kad memori 64GB percuma
  • Realme 5 Pro (RAM 8GB + Storan 128GB) RM999 RM819 + 14 hadiah percuma
  • Realme XT (RAM 8GB + Storan 128GB) RM1,399 RM1,299

Dan banyak lagi produk lain, termasuk aksesori sepeerti fon kepala wayar dan wayarles serta powerbank.

Jangan lupa tandakan 3 Mac di kalendar anda untuk mendapatkan promosi istimewa selama sehari dari Realme ini nanti.

BACA  Realme C12 Music Bundle dijual lebih mahal dari Realme C3