• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Najib dan Rosmah akan muncul di Netflix dalam siri Dirty Money S2

  • OLEH Najib
  • 1:36 pm
  • 28/02/2020
  • Komen
Najib dan Rosmah akan muncul di Netflix dalam siri Dirty Money S2
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak bersama bekas wanita pertama Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor akan tampil dalam siri terbaru, Dirty Money musim kedua di Netflix. Ia merupakan rancangan dokumentari yang memfokuskan kepada skandal besar tentang kewangan dan rasuah yang berlaku di seluruh dunia.

Najib akan mucul di episod bertajuk “Man at the top” yang diarahkan oleh Zach Heinzerling. Episod ini akan menceritakan tentang isu 1MDB dan menyelitkan temuramah bersama Najib Razak. Kemunculan beliau boleh dilihat dalam trailer rasmi di bawah ini:



Selain isu 1MDB, siri Dirty Money musim kedua akan turut menampilkan kisah tentang empayar hartanah Jared Kushner, serta skandal perbankan Wells Fargo. Ia akan disiarkan secara eksklusif di Netflix bermula dari 11 Mac 2020.

Buat masa ini, Najib Razak sedang berhadapan tuduhan penggubahan wang haram dan rasuah berkaitan 1MDB, manakala isterinya Rosmah Mansor, berhadapan tuduhan kes rasuah berhubung projek tenaga solar di Sarawak.



Jika anda berminat untuk menontonnya, anda boleh melanggan Netflix dari serendah RM17/bulan. Netflix menawarkan 4 pelan di Malaysia, dengan pelan termahal RM55/bulan memberikan akses kepada paparan Ultra HD 4K, serta tontonan serentak di 4 peranti selain fungsi-fungsi unik lain seperti tontonan di luar talian internet.

Netflix memberikan akses percuma selama 30-hari untuk anda mencuba sebelum mula melanggannya. Daftar di laman web Netflix atau muat turun aplikasi di Apple Appstore dan Google Playstore.

Sumber: TheStar

Tags: 1MDBDirty MoneyNajib RazakNetflix
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Najib dan Rosmah akan muncul di Netflix dalam siri Dirty Money S2

Najib dan Rosmah akan muncul di Netflix dalam siri Dirty Money S2

28 February 2020
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN