Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Bayar RM499 Dan Terbang Tanpa Had Dengan Pas Air Asia Unlimited

Sekiranya anda ahli AirAsia BIG, anda perlu segera periksa emel ataupun APP BIG anda sebab dalamnya tentu ada tawaran AirAsia Unlimited Pass. Pas terbaharu daripada penyedia penerbangan tambang murah ini, membolehkan anda terbang sekerap mana yang anda suka untuk setahun.

AirAsia Unlimited Pass mula ditawarkan dari sekarang hingga 7 Mac 2020 dan boleh dibeli secara dalam talian di laman rasmi mereka ataupun melalui APP. Pas tanpa had ini sah digunakan untuk perjalanan di antara 2 Mac 2020 hingga 2 Mac 2021.

Namun, barang baik sudah tentu ada syarat-syaratnya yang tertentu.

Menurut Terma & Syarat yang digariskan pihak AirAsia, pas tersebut hanya boleh digunakan untuk:

  • AirAsia X D7
  • AirAsia X Thai XJ
  • Tak boleh diguna untuk penerbangan Singapura, Denpasar, dan Jeddah
  • Penumpang masih perlu bayar cukai lapangan terbang dan lain-lain cukai yang berkaitan.

Semua tempahan kerusi menggunakan AirAsia Unlimited perlu dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas. Perlu diingatkan yang ia tertakluk kepada tempoh embargo dan tidak boleh digunakan untuk penerbangan semasa cuti umum, cuti sekolah, ataupun hari minggu.

Tambahan lagi, tiada sebarang perubahan dibenarkan selepas tempahan dilakukan dan tiada bayaran ganti rugi untuk pas ini. Satu lagi yang perlu anda ketahui adalah no-show hanya dibenarkan sebanyak 3 kali atau pas anda akan dibatalkan.

AirAsia Unlimited mungkin langkah kecemasan yang diambil penyedia perkhidmatan itu untuk mengurangkan impak COVID-19 keatas mereka. China menyumbang sepertiga daripada jumlah penumpang mereka.

Penganalisis menjangkakan yang mereka adakan pomosi super-agresif untuk memacu aliran tunai mereka. Tambahan pula, saham AirAsia X setakat 28 Februari 2020 ditutup paling rendah dalam sejarah mereka iaitu cuma 10 sen.

BACA  Oppo Watch akan dilancarkan di Malaysia bersama telefon Find X2 Pro berwarna baru