Akhirnya, Celcom Aktifkan VoLTE Untuk Pelanggannya

Voice over LTE (VoLTE) sudah lama ada pada telco lain. Contohnya Yes 4G sudahpun ada VoLTE sejak 2016. Celcom agak lewat menyertainya iaitu tahun 2020.

Tapi implementasi VoLTE Celcom kali ini belum lagi menyeluruh. Hanya pengguna pascabayar dengan model telefon berikut saja yang boleh menikmati fungsi VoLTE buat masa ini . Model telefon tersebut ialah:

  • iPhone 7 / 7 Plus
  • iPhone 8 / 8 Plus
  • iPhone X / XR / XS / XS Max
  • iPhone 11 / 11 Pro / 11 Pro Max

Untuk mengaktifkan VoLTE, anda hanya perlu ke Setting > Mobile Data > Voice and Data dancari pilihan 4G, VoLTE On. Sebelum itu, pastikan iPhone anda kini berada pada versis sistem operasi terkini iaitu iOS 13.3. Untuk pengguna Andoird, Celcom akan mengumumkan VoLTE kepada anda sedikit masa lagi.

Manfaat VoLTE akalu anda tak tahu adalah panggilan suara yang lebih bermutu. Lebih mutu daripada segi kualiti suara, sambungan ke penrima lebih pantas, dan sebagainya. Tapi yang paling ketara ialah anda masih boleh layari internet pada rangkaian LTE sambil bercakap telefon.

Layari laman rasmi Celcom untuk maklumat lanjut.