Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Lihatlah Barisan Orang Beratur Untuk Beli Galaxy S20 Di Hari Pertama Jualannya

Tak takut COVID-19? Itu yang pasti terlintas dalam fikiran anda selepas lihat pada barisan yang panjang untuk membeli Galaxy S20. Salah satu jerayawara Samsung Galaxy S20 kini berlangsung di Midvalley Megamall Kuala Lumpur. Ia berlangsung bermula 6 Mac 2020 hingga 8 Mac 2020.

Setakat 8 pagi tadi, kira-kira 350 orang sudahpun berada dalam barisan, bersedia untuk beli telefon buruan mereka yang akan bermula jam 10 pagi. Ada antara mereka yang mula beratur petang 5 Mac 2020. Ada juga individu yang lakukan tempahan awal memilih untuk mengambil tempahan mereka pada hari ini sedangkan mereka boleh saja ambil sehari lebih awal daripada jualan awam.

Salah seorang daripadanya ialah Colin Chong yang bercuti selama dua hari kerana teruja untuk naik taraf telefonnya daripada Galaxy S9+ kepada Galaxy S20 Ultra 5G.

Antara pembelian awal Galaxy S20 menerusi roadshow ini akan menerima pemberian bernilai RM378 (kad mikro-SD 128GB dan pengecas wayarles RM239).

500 yang terawal pula akan terima hadiah tambahan berupa TV 50” 4K bernilai RM2,599 ataupun anda boleh tukar beli sebarang kamera untuk terima rebat RM400 keatas pembelian. Seperti biasa, terma dan syarat ada untuk tawaran ini.

Sekiranya anda berminat untuk milikinya sebuah, harga keluarga Galaxy Samsung S20 di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Galaxy S20 (RAM 8GB + Storan 128GB, LTE) – RM3,599
  • Galaxy S20+ (RAM 8GB + Storan 128GB, LTE) – RM3,999
  • Galaxy S20 Ultra (RAM 12GB + Storan 128GB, 5G) – RM4,999
BACA  Telefon Xiaomi akan dipasang kamera 108MP HM2 dengan zum 120x