Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Flagship terbaharu Xiaomi akan dilancar pada 27 Mac 2020

Xiaomi membawa khabar gembira dengan pelancaran global siri Xiaomi Mi 10. Dalam siri ini, Xiaomi menampilkan Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro.

Ia bakal diadakan pada 27 Mac 2020 menerusi platform media sosial pada jam 14:00 GMT + 1 iaitu pukul 9:00 malam waktu Malaysia.

Telah dilancarkan di China menerusi satu majlis dalam talian pada 13 Februari 2020, model terbaharu ini mempunyai beberapa spesifikasi lebih baik berbanding model terdahulu dalam keluarga Xiaomi.

Lebih menarik, khabarnya bakal memberi saingan kepada Samsung Galaxy S20, flagship terbaharu keluarga Samsung Galaxy.

Apa yang ada pada siri Xiaomi Mi 10?

Secara fizikal, Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro mempunyai rekaan yang sama. Mereka menampilkan paparan sisi melengkung dan kuadkamera di bahagian penjuru kiri belakang .

Di bahagian paparan, mereka ada panel AMOLED 6.67″ dengan refresh rate setinggi 90Hz. Tidak terkecuali, telefon ini juga mampu bersambung dengan rangkaian 5G.

Di atas papan utama, Mi 10 dan Mi 10 Pro dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 865. SoC itu digandingkan dengan RAM LPDDR5 8GB atau 12GB.

Untuk storan, Mi 10 menawarkan pilihan ruang simpanan sehingga 256GB manakala Mi 10 Pro sehingga 512GB.

Beralih kepada prestasi kamera, kedua-dua siri ini juga dikhabarkan lebih baik berbanding model adik-beradiknya. 

Mi 10 Pro miliki empat kamera belakang. Kamera utamanya mempunyai sensor 108MP. Baki tiga kamera masing-masing dilengkapi sensor 20MP (ultralebar), 8MP (telephoto), dan 12MP (potret).

Kamera Mi 10 sedikit berbeza berbanding Mi 10 Pro. Walaupun Mi 10 ada kamera utama 108MP, sensor untuk kamera ultralebar miliki 13MP dan baki dua kamera lagi masing-masing diberikan sensor 2MP untuk makro serta bokeh.

BACA  Mi TV Stick dan Mi Band 5 kelihatan akan dilancarkan minggu hadapan

Kapasiti bateri juga berbeza untuk kedua-dua telefon. Mi 10 mempunyai kapasiti bateri 4,780mAh, lebih besar daripada Mi 10 pro dengan kapasiti 4,500mAh.

Meskipun berbeza kapasiti, kedua-duanya menyokong pengecasan berwayar 50W serta tanpa wayar 30W.

Xiaomi Mi 10 sudah dilancarkan di China. Xiaomi Mi 10 dan 10 Pro ditawarkan pada harga seperti berikut:

  • Mi 10 – 8GB (RAM) + 128GB (STORAN) = CNY 3,999 (RM 2,425)
  • Mi 10 – 8GB (RAM) + 256GB (STORAN) = CNY 4,299 (RM 2,607)
  • Mi 10 – 12GB (RAM) + 256GB (STORAN) = CNY 4,699 (RM 2,850)
  • Mi 10 Pro- 8GB (RAM) + 128GB (STORAN) = CNY 4,999 (RM 3,032)
  • Mi 10 Pro- 8GB (RAM) + 256GB (STORAN) = CNY 5,499 (RM 3,335)
  • Mi 10 Pro- 12GB (RAM) + 512GB (STORAN) = CNY 5,999 (RM 3,638)

Harga bagi kedua-dua telefon ini dilihat agak mahal berbanding Mi 9 sewaktu dilancarkan di China pada tahun lalu iaitu bermula  CNY 2,999 (RM1,818)

Namun, dengan spesifikasi yang lebih baik pada kedua-dua model, ia wajar ditawarkan pada harga berkenaan.

Untuk pasaran Malaysia, tidak ada tarikh yang tetap berhubung kemasukan siri Xiaomi Mi 10. Namun, difahamkan ada peranti baru Xiaomi yang menyokong rangkaian 5G muncul dalam pangkalan data SIRIM. Ia mungkin merujuk kepada Xiaomi Mi 10. Kemungkinan besar model ini bakal memasuki pasaran tidak lama lagi.

Jadi, adakah spesifikasi siri Xiaomi Mi 10 lebih baik? Kalau nak tahu lebih lanjut, layari laman rasmi produk.