Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Huawei AppGallery tawar 100% pendapatan buat pembangun aplikasi

Huawei AppGallery adalah stor aplikasi ketiga terbesar selepas Apple Appstore dan Google Playstore, tetapi sangat jauh ketinggalan berbanding keduanya. Selepas akses peranti Huawei disekat dari memasuki Google Playstore, pengguna Huawei di luar China terpaksa bergantung kepada AppGallery untuk memuat turun aplikasi secara rasmi.

Bagi menarik lebih banyak pembangun aplikasi menyertai AppGallery, Huawei kini menawarkan hampir keseluruhan pendapatan yang diterima AppGallery, kepada pembangun. Peratus pendapatan ini bergantung kepada kategori aplikasi dan tempoh masa.

Bagi aplikasi kategori Education (Pendidikan), untuk 12 bulan pertama, pembangun akan menerima 100% pendapatan tanpa dipotong oleh AppGallery. Bagi bulan ke-13 hingga ke-24, AppGallery akan mengambil komisyen sebanyak 10%. Selepas bulan ke-24, ia akan kembali kepada kadar asal perkongsian dengan 20% komisyen diambil.

Berbeza pula untuk kategori Gaming (Permainan). Bagi 24-bulan pertama, AppGallery akan memberi sebanyak 85% pendapatan kepada pembangun. Hanya 15% yang akan diambil AppGallery. Selepas itu, kadar pembahagian pendapatan ialah 30% AppGallery dan 70% untuk pembangun.

Kategori selain Education dan Gaming pula, akan menikmati 100% pendapatan untuk tahun pertama dan 85% pada tahun kedua. Tahun ketiga dan seterusnya pula, pembangun akan menerima 70% pendapatan.

Kadar perkongsian pendapatan ini adalah untuk pembangun di luar China. Sebagai perbandingan, Apple dan Google mengambil 30% komisyen dari hasil jualan di dalam setor aplikasi mereka.

Jika anda salah seorang pembangun aplikasi dan berminat untuk memuat naik aplikasi ke Huawei AppGallery, bolehlah merujuk pautan ini untuk melakukannya.

Sumber: GSMArena, Gizchina

BACA  Mi Smart Band 5 akan dijual secara rasmi di Malaysia minggu ini