Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Realme Band Dilancarkan Di India, 35% Lebih Murah Daripada Mi Band 4

Pesaing kepada Mi Band 4 daripada Realme sudahpun dilancarkan. Realme Band menerima tanda harga INR 1,499 (RM85), lebih murah daripada harga Xiaomi Mi Band 4 (INR 2,299) yang dilancarkan dalam pasaran yang sama dalam bulan September 2019.

Daripada segi specs, tak jauh perbezaan boleh dilihat antara kedua gelang kecergasan tersebut kecuali pada fizikaliti. Di bahagian muka Realme Band

Di bahagian muka Realme Band ada paparan sebesar 0.96” pada resolusi 160×80. Tapi Mi Band 4 ada sedikit kelebihan sebab paparannya menggunakan panel OLED berbanding LCD pada Realme Band ini. Tapi saya tak rasakan ia beri perbezaan ketara terutamanya pada paparan sekecil ini.

Seperti biasa, pada gelang ini terdapat dua sensor untuk memungut data-data kecergasan. Yang pertama adalah akselerometer 3 paksi dan pengimbas denyutan nadi.

Seperti biasa, jika tak digunakan untuk menjejak aktiviti, anda boleh gunakan ia sebagai pusat saluran notifikasi daripada telefon.

Untuk hayat penggunaan, Realme Band dikatakakn boleh berfungsi sehingga 10 hari lamanya dengan satu isian penuh. Ia mungkin jadi lebih pendek jika pengimbas nadi diaktifkan.

Satu yang saya puji dengan Realme Band adalah sudah tersedia pemalam USB-A pada badannya. Jadi, anda cuma perlu cabut gelang daripada badan utama untuk mendedahkan pemalam tersebut sebelum dicas. Ia membasmi keperluan pengecas khas untuk mengisi bateri.

Apa pendapat anda dengan gelang kecergasan Realme ini? Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Siri Realme 7 akan menyokong pengecas SuperDart 65W yang mengisi penuh dalam 34 minit