• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 9 akan tiba minggu ini dengan kamera empat segi

  • OLEH Najib
  • 11:48 am
  • 09/03/2020
  • Komen
Redmi Note 9 akan tiba minggu ini dengan kamera empat segi
Share on FacebookShare on Twitter

Jika diperkatakan tentang telefon murah dan bajet rendah, salah satu model yang sangat popular ialah Redmi dari Xiaomi. Siri Redmi Note pula, sering dinobatkan sebagai raja peranti kelas pertengahan. Kini model terbaru dari siri Redmi Note telah diumumkan tarikh pelancarannya, minggu ini.

Redmi India akan melancarkan Redmi Note 9 pada 12 Mac 2020, bagi menggantikan siri Redmi Note 8 yang dilancarkan pada bulan Oktober tahun lepas. Mereka juga telah memuat naik beberapa gambar dan video petunjuk berkaitan peranti terbaru ini.



Brace yourselves for the biggest #Redmi product launch of 2020! 🤩#ProCamerasMaxPerformance is going to be nothing like you have ever seen before! A new #RedmiNote is coming on 12th March! 😎

RT and share this EPIC announcement. 🙌 #ILoveRedmiNote pic.twitter.com/1SqCT0pu3o

— Redmi India (@RedmiIndia) March 2, 2020

Satu perkara yang pasti akan ada pada Redmi Note 9 nanti adalah 4 kamera belakang. Ia bukanlah perkara baru kerana Redmi Note 8 telah pun memiliki 4 kamera belakang. Apa yang berbeza ialah susunannya, di mana Redmi Note 9 akan menggunakan modul kamera 4 segi, tidak lagi sebaris menegak.

4 kamera belakang di Redmi Note 8 Pro

Selain itu, Redmi juga menggunakan tanda pagar #ProCamerasMaxPerformance dalam setiap status media sosial, dilihat cuba menyaingi pencabarnya, siri Realme 6 yang baru sahaja dilancarkan bersama kempen #ProCameraProDisplay.



Pengarah Urusan Xiaomi India, Manu Kumar juga berkongsi satu gambar petunjuk berkaitan Redmi Note 9. Jika diteliti, dapat dilihat sebuah telefon pintar tersembunyi di bawah suratkhabar. Telefon itu memiliki badan belakang seperti kaca dan di bawahnya terdapat jeriji speaker, port USB-C dan jek audio 3.5mm. Dipercayai, itu adalah telefon pintar Redmi Note 9.

Masih tiada maklumat rasmi berkenaan apakah spesifikasi yang akan ada di Redmi Note 9. Tetapi Redmi India ada memuat naik video yang menyatakan, siri terbaru Redmi Note ini akan dilengkapi pengecas terpantas pernah ada di Redmi Note. Bermakna, ia akan memiliki pengecas berkuasa lebih dari 18W kerana ia telah ada di Redmi Note 8 sebelum ini.

Brace yourselves for the rush! Fastest charging on a #RedmiNote ever is coming!#ProCamerasMaxPerformance is launching on 12th March. pic.twitter.com/78CLLvfZkJ

— Redmi India (@RedmiIndia) March 6, 2020

Apa lagi yang akan dibawakan oleh Redmi Note 9 kelak? Sekurang-kurangnya, ia akan diperkasa dengan prestasi lebih tinggi dari Redmi Note 8 yang menggunakan pemproses Mediatek Helio G90T, kamera 64MP dan bateri 4,500mAh bersama pengecas pantas 18W.

Lebih penting lagi, Redmi Note 9 harus menyaingi Realme 6 yang bersaing dalam kategori yang sama. Realme 6 yang baru dilancarkan minggu lepas memiliki ciri-ciri baharu seperti skrin 90Hz, pengecas 30W dan kuasa pemproses Snapdragon 720G.

Perkara paling penting sudah tentulah harganya. Adakah Redmi boleh mengekalkan harga seperti model Redmi Note 8 yang lepas atau terpaksa menaikkannya kali ini? Kita tunggu majlis pelancarannya pada 12 Mac nanti.

Sumber: Redmi, Manu Kumar

Tags: RedmiRedmi Note 9Xiaomi Redmi Note 9
Najib

Najib

POPULAR

Redmi Note 9 akan tiba minggu ini dengan kamera empat segi

Redmi Note 9 akan tiba minggu ini dengan kamera empat segi

9 March 2020
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN