• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Pampasan sehingga USD 500 juta solusi Apple untuk isu Batterygate

  • OLEH Ghazali Alias
  • 4:52 pm
  • 10/03/2020
  • Komen
Diskaun RM700 untuk iPhone 7 Plus 128GB
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah bersetuju untuk membayar pampasan sehingga USD 500 juta kepada pengguna iPhone yang terjejas ekoran Kontroversi Batterygate. Tindakan itu dilakukan sebagai penyelesaian ke atas saman berkelompok segelintir pengguna iPhone di Amerika Syarikat terhadap Apple yang difailkan antara tahun 2017 dan 2018.

Pengguna iPhone telah mengeluarkan saman kerana mereka mendapati pihak Apple telah mengurangkan prestasi iPhone milik mereka tanpa pengetahuan.



Pihak Apple memberikan penjelasan tentang perkara berkenaan. Ia dilakukan atas alasan bagi mengelakkan telefon mengalami gangguan seperti terpadam dengan sendiri akibat bateri ion litium yang telah berusia.

Perjanjian penyelesaian yang menunggu kelulusan hakim mahkamah di San Jose, California pada 3 April 2020 itu, bakal menyelesaikan tuntutan guaman bekelompok oleh pengguna-pengguna iPhone yang berkenaan.



Secara amnya, Apple menawarkan bayaran USD 25 kepada setiap pengguna iPhone 6 dan 7 yang terlibat.

Persetujuan penyelesaian berkenaan bakal melibatkan amaun keseluruhan sekurang-kurangnya USD 310 juta dan dihadkan kepada USD 500 juta. Daripada jumlah itu, kira-kira USD 90 juta akan digunakan untuk membayar kos guaman.

Selepas ditolak kos guaman, baki pampasan berkenaan barulah akan dibahagikan kepada penuntut. Nilai pampasan kepada individu bergantung kepada jumlah tuntutan yang dilakukan.

Penuntut yang tersenarai dalam tuntutan berkelompok berkenaan bekemungkinan menerima USD 1,500 atau USD 3,500. Jika terdapat tuntutan melebihi nilai maksima iaitu USD 500 juta, maka jumlah pampasan akan berkurang.

Pengguna iPhone di Amerika Syarikat boleh memfailkan tuntutan penyelesaian jika mereka memiliki peranti iPhone (6, 6 Plus, 6S, 6S Plus, 7, 7 Plus atau SE) yang dibeli sebelum 21 Disember 2017.

Solusi ini untuk pengguna di Amerika Syarikat, pengguna di Malaysia bagaimana? Mungkin boleh lantik peguam dan buat tuntutan guaman berkelompok juga.

Sumber: The Verge, CNN

Tags: appleiphone 6iphone 7
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Diskaun RM700 untuk iPhone 7 Plus 128GB

Pampasan sehingga USD 500 juta solusi Apple untuk isu Batterygate

10 Mac 2020
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

25 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER