Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

COVID-19: Apple Ajar Cara Sebenar Untuk Nyahkuman iPhone Anda

Telefon ialah gajet yang  anda paling banyak sentuh setiap hari. Nak dijadikan cerita, ia menyumbang pada pembawa kuman, lebih-lebih lagi jika ia pernah meyentuh permukaan yang tercemar di tempat awam seperti meja makan dan sebagainya.

Apple, sebagai langkah proaktif dalam menangani penularan COVID-19 telah mengeluarkan garis panduan untuk menyahkuman produk-produk mereka, salah satunya ialah iPhone.

Sumber

Menurut Apple, ada macam-macam jenis bahan digunakan pada sesuatu produk. Di iPhone misalnya, ada lapisan oleofobik yang membasmi cap jari daripada terlekat. Maka, sekiranya anda ingin membersihkan permukaan telefon pintar anda, cuma ada cecair pembersih tertentu saja yang tak menghilangkan lapisan tersebut.

Berdasarkan panduan tersebut, Apple membenarkan anda gunakan tisu yang direndam dalam isopropyl alcohol ataupun tisu pengelap Clorox daripada jenis Disinfecting Wipes.

Walau bagaimanapun, Apple juga mengingatkan anda supaya tidak mengelap secara berlebihan kerana daya yang dikenakan boleh menanggalkan perlindungan oleofobik.

Jenis kain pengelap juga bukan sebarangan. Apple hanya membenarkan anda gunakan kain lembut mikrofiber dan bukannya tuala, tisu dapur, ataupun fabrik yangk asar.

Garis panduan ini juga terpakai untuk semua paparan produk Apple, daripada telefon hinggalah komputer peribadi.

Berapa harga Clorox Disinfecting Wipes?

Di Shopee, tak ramai penjual produk yang dinyatakan Apple. Salah satu senaraian yang saya temui, mereka menjual produk tersebut pada harga lebih RM45 yang mengandungi 75 tisu sapuan.

Tapi, anda boleh hasilkan sendiri cecair nyahkuman ini secara DIY. Menurut maklulamt kandungan produk, komponen utama penyahkumanannya ialah air dan sejumlah alkohol. Dalam banyak-banyak alkohol yang tersenarai, Isopropanol adalah bahan yang boleh dibeli dengan mudah.

Secara dalam talian, anda boleh dapatkan 1 liter Isopropanol berkepekatan 99.9% pada harga RM16. Menurut panduan Apple, anda boleh gunakan Isopropanol 70% untuk membersihkan paparan bukan?

BACA  Nvidia "risik" untuk ambil alih keseluruhan ARM Holdings daripada Softbank

Jadi untuk setiap 1 liter Isopropanol, anda boleh tambah 430ml air suling untuk beroleh 1.43L cecair penyahkuman.