• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Pamer Keupayaan iPhone 11 Pro Merakam Video Lebih 5 Jam Tanpa Henti

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:38 pm
  • 11/03/2020
  • Komen
Apple Pamer Keupayaan iPhone 11 Pro Merakam Video Lebih 5 Jam Tanpa Henti
Share on FacebookShare on Twitter

Apple senantiasa menghasilkan video-video yang mendemonstrasikan keunggulaan produk mereka. Contohnya, kita ada iklan perayaan Tahun Baru China yang dirakam sepenuhnya menggunakan iPhone. Tapi kali ini, Apple mendemonstrasikan hayat bateri panjang pada iPhone 11 Pro Max.

Dalam video terbaru mereka di saluran YouTube rasmi, video dengan tajuk Hermitage yang sepanjan glebih 5 jam itu dirakam secara satu ambilan sahaja. Lebih menarik, sesudah merakam, di akhir video itu Apple menyatakan yang ada baki 19% lagi bateri.



Menerusi video tersebut, anda dibawa bersiar-siar di dalam muzium ikonik dan terbesar di dunia yang letaknya di Russia. Telefon ini melawat 45 galeri yang mengandungi 588 mahakarya yang tak ternilai serta. Anda turut dihidangkan dengan persembahan tarian tradisional sebelum diakhiri dengan konsert muzik.

Selain dapat menggagumi ketahanan bateri pada telefon ini untuk merakam video 4K terus-menerus, anda bolehlah menghayati keupayaan kameranya dalam julat dinamik pelbagai. Daripada ruang gelap dan cerah nampaknya telefon ini tak hadapi masalah untuk beroperasi.



Apple tak pernah berkongsikan tentang kapasiti bateri produk mereka. Tapi menurut juruteknik yang pernah membuka telefon ini, baterinya taklah besar mana. Model 11 Pro Max ada bateri kurang daripada 4,000mAh dan lantas menunjukkan tahap pengoptimuman yang tinggi pada sistem operasi dan perkakasannya.

iPhone 11 Miliki Bateri Antara Yang Terkecil Dalam Kelas Flagship

Tapi, di penghujung video, mereka meletakkan secebis disclaimer yang menyatakan yang hayat bateri berbeza mengikut pola penggunaan dan tetapan. Mungkinkah rakaman ini dibuat dalam Flight Mode, tiada kad SIM, dan menggunakan smart battery case?

Tags: appleapple iphoneapple iphone 11apple iphone 11 proapple iphone 11 pro max
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Apple Pamer Keupayaan iPhone 11 Pro Merakam Video Lebih 5 Jam Tanpa Henti

Apple Pamer Keupayaan iPhone 11 Pro Merakam Video Lebih 5 Jam Tanpa Henti

11 March 2020
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER