Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Orang ramai boleh membeli topeng muka dan pencuci tangan di Stor S-Mart Shopee

Penularan wabak COVID-19 yang masih belum reda membuatkan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan lebih tegas. Pembelian topeng muka dan cairan pembersih tangan serta pembasmi kuman yang luar biasa, mengakibatkan stoknya berkurangan dan semakin sukar didapati.

Shopee sebagai salah satu platform e-dagang terkemuka di Malaysia, mengumumkan bekalan topeng muka KF94, topeng muka 3-lapis, serta cairan pembersih tangan (50ml) akan sedia dijual di stor S-Mart yang diuruskan oleh Shopee sendiri. Topeng KF94 boleh mula dibeli hari ini manakala topeng muka 3 lapis dan cairan pembersih tangan (50ml) akan dijual di S-Mart mulai minggu depan.

Bagi memastikan semua orang dapat membelinya, Shopee mengenakan had unit pembelian untuk setiap orang. Setiap pengguna Shopee dihadkan kepada maksimum satu topeng muka KF94 dan satu set 3-lapis topeng muka. Topeng muka KF94 akan dijual pada harga RM5.90 setiap satu, manakala satu set lima (5) helai 3-lapis topeng muka akan dijual pada harga RM3.90.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, “Kami bekerja rapat dengan rakan kongsi, pengeluar dan pengedar kami untuk meningkatkan bekalan produk pembersihan untuk para pengguna. Kami faham bahawa rakyat Malaysia berasa bimbang tentang kekurangan bekalan dan kami ingin membantu mengurangkan tahap kebimbangan mereka dan memberikan mereka ketenangan fikiran.”

Orang ramai boleh mendapatkan topeng muka dan cairan pembersih tangan menerusi stor Smart di Shopee: shopee.com.my/s_mart.fbs

BACA  Cara untuk jana kod QR MySejahtera percuma untuk kenduri-kendara anda