Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Samsung perkenal satu lagi telefon murah bawah RM 500

Keluarga Samsung Galaxy A memperkenalkan ahli baru mereka Galaxy A01, peranti mampu milik dengan rekaan stailo dan spesifikasi terkini untuk pengalaman penggunaan telefon yang lebih lancar.

Apa yang menarik tentang A01 Samsung Galaxy?

Galaxy A01 dihasilkan lebih kecil daripada model adik beradiknya. Dengan saiz 8.3mm, ia menjadikannya muat dan selesa di dalam genggaman tangan. Ia juga mempunyai skrin Infinity-V bersaiz 5.7”, agak kecil untuk untuk memberikan kepuasan paparan namun setara pada harganya.

Ia juga didatangkan dalam warna matte moden dengan tiga pilihan warna yang berani iaitu Biru, Hitam dan Merah

Fungsi dwikameranya mempunyai kamera belakang utama 13MP yang mampu memberikan kualiti Imej lebih jelas. Turut disertakan di kamera belakang adalah sensor 2MP untuk bokeh dengan fungsi yang boleh mengubah tahap kabur pada latar belakang selepas gambar diambil.

Tidak ketinggalan sensor 5MP kamera hadapan dengan ciri Selfie Focus.  

Di atas papan utama, Galaxy A01 dikuasakan dengan cip pemproses lapan teras dan 2GB RAM, storan dalaman sebanyak 16GB dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Galaxy A01 juga menggunakan platform Samsung One UI Core. Antara ciri tambahan lain, Galaxy A01 dilengkapi dengan Mod Malam One UI dan ciri Face Unlock yang memberi lebih sekuriti untuk akses peranti.

Khabar gembira buat peminat Samsung, peranti serba baru ini didatangkan pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM 449. Untuk maklumat lanjut layari laman rasmi produk.

Untuk harga bawah RM 500, saiz kecil, storan kecil dan paparan tidak sampai 6 inci, Samsung dilihat jauh ketinggalan berbanding jenama lain. Hanya kerana ia murah mungkin sesuai untuk menjadi telefon pertama kanak-kanak.

BACA  Telefon Samsung Tak Didatangkan Dengan Pengecas Seawal 2021?