• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lebih dari satu tandatangan kini boleh digunakan di Gmail

  • OLEH Ghazali Alias
  • 6:34 pm
  • 12/03/2020
  • Komen
Pengguna Gmail dan Google Drive berhadapan masalah di seluruh dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Google membawakan satu lagi ciri terbaharu dalam perkhidmatan e-melnya. Apa yang menariknya kali ini? Adalah fungsi pelbagai tandatangan (signature), tetapan yang membolehkan pengguna menetapkan pelbagai tandatangan untuk digunakan mengikut kesesuaian.

Apa kelebihan ciri ini?



Gmail kini membolehkan pengguna menambah beberapa tandatangan.  Fungsi pelbagai tandatangan dalam e-mel membolehkan pengguna menetap tandatangan yang berbeza untuk digunakan mengikut urusan yang bersesuaian (rasmi atau sosial).

Sama ada nama, logo (imej), info kontak atau motto, setiap daripadanya boleh dijadikan opsyen untuk tandatangan. Lebih mengujakan jika mahukan tandatangan dalam pelbagai bahasa juga sudah tidak menjadi masalah. Sebelum ini, semua itu perlu diubah setiap kali menghantar e-mel.




Bagaimana mahu membuat tetapan ini?

Anda boleh mencari dan menggunakan ciri baharu ini dari, Settings > General > Signature > Create New. Tandatangan yang ditetapkan boleh dipilih sebelum emel dihantar.

Pengguna boleh memadam sebarang tandatangan yang tidak diingini dari senarai dengan proses yang sama . Anda akan mendapati pilihan Padam untuk setiap tandatangan tertentu.

Bagi pengguna G-Suite yang tersenarai  di bawah Rapid Release Track sudah boleh menggunakan ciri ini bermula 10 Mac 2020 manakala bagi pengguna di bawah Schedule Release Track ciri ini akan tersedia bermula 24 Mac 2020.

Fungsi ini juga tersedia untuk pengguna akaun peribadi Gmail.

Sumber: Techdator, Google

Tags: GmailGoogle
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Pengguna Gmail dan Google Drive berhadapan masalah di seluruh dunia

Lebih dari satu tandatangan kini boleh digunakan di Gmail

12 March 2020
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER