Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Nod Unifi di Negeri Sembilan terbakar, mungkin menjejaskan pengguna di Pantai Timur

KEMASKINI 8.10PM: Unifi mengesahkan kerosakan di nod Mantin menjejaskan perkhidmatan unifi, unifi TV, unifi Mobile, unifi Biz dan Streamyx di Kelantan dan Terengganu.

Unifi menerusi media sosialnya memaklumkan terdapat nod mereka di Mantin, Negeri Sembilan rosak akibat kebakaran. Ia dikesan pada pukul 4 petang dan api telah berjaya dipadamkan oleh pihak bomba. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Tambah Unifi lagi, mereka sedang mengenalpasti sekiranya ada perkhidmatan TM yang terjejas akibat kebakaran ini. Sehingga kini, masih tiada kawasan terjejas dimaklumkan oleh Unifi.

Tetapi dari ciapan ramai pengguna di internet, dapat dilihat ramai pengguna Unifi dari Terengganu mengalami masalah berhubung ke internet sejap petang tadi. Antaranya di Bukit Payung, Seberang Takir, Kuala Terengganu, Gong Badak dan Kuala Nerus.

Selain itu, komen di Facebook Unifi pula dilihat ramai pengguna Unifi di Kota Bharu, Kelantan turut berdepan masalah internet. Agak menghairankan kerana Mantin terletak di Negeri Sembilan tetapi pengguna di Terengganu dan Kelantan yang terjejas.

Selain pengguan Unifi, pelanggan jalur lebar lain yang menggunakan talian TM dijangka akan turut terkesan, seperti pengguna Maxis Home Fibre. Pengguna yang bermasalah, dinasihatkan untuk membuat aduan dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan masing-masing.

BACA  Superman pilih AMD Ryzen 9 3900X untuk kuasakan desktopnya

KEMASKINI 8.10PM: Unifi mengesahkan kerosakan di nod Mantin menjejaskan perkhidmatan unifi, unifi TV, unifi Mobile, unifi Biz dan Streamyx di Kelantan dan Terengganu.

Sumber: Unifi