• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Storan WD Blue SN550 NVMe semakin murah dan lebih pantas dari SATA SSD

  • OLEH Najib
  • 4:38 pm
  • 12/03/2020
  • Komen
Storan WD Blue SN550 NVMe semakin murah dan lebih pantas dari SATA SSD
Share on FacebookShare on Twitter

Western Digital (WD), satu nama yang tidak asing dalam sektor storan digital hari ini mengumumkan ketibaan storan NVMe terbaru mereka, WD Blue SN550 NVMe SSD ke pasaran Malaysia. Dengan kecanggihan teknologi dan semakin banyak ia dihasilkan, orang ramai kini boleh memiliki storan NVMe SSD terbaru pada harga lebih mampu dimiliki.

Storan WD Blue SN550 NVMe SSD menawarkan kelajuan sehingga 4x lebih pantas dari SATA SSD. Kelajuan membacanya mencecah 2,400Mb/s untuk memberikan respon sepantas kilat. WD juga menghasilkan storan ini bersama rekaan pembebasan haba yang dipertingkat, agar prestasinya kekal hebat dalam situasi yang mencabar.



Binaan M.2 2280 membenarkan pengguna menjimatkan lebih ruang fizikal tidak kira di dalam komputer desktop mahupun laptop. WD menyediakan tiga kapasiti storan bagi memenuhi keperluan pengguna dari serendah 250GB sehingga 1TB. Di samping itu, pengguna boleh mmepercayai kualiti binaan storan WD ini kerana ia disertakan jaminan terhad selama 5-tahun.

Orang ramai boleh mendapatkan storan WD Blue SN550 NVMe SSD di Malaysia, bermula dari 13 Mac 2020. Promosi khas diadakan di Lazada Malaysia antara 13 hingga 20 Mac 2020 di mana pembeli akan menerima hadiah percuma berupa jaket WD. Harga jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • 250GB – RM199
  • 500GB – RM319
  • 1TB – RM539

Maklumat lanjut mengenai storan baru ini boleh didapati di laman produk WD Blue SN550 NVMe SSD. Jualan promosinya pula ditemui di Stor Rasmi WD di Lazada.

Tags: WDWD Blue SN550 NVMe SSD
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Storan WD Blue SN550 NVMe semakin murah dan lebih pantas dari SATA SSD

Storan WD Blue SN550 NVMe semakin murah dan lebih pantas dari SATA SSD

12 March 2020
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Inovasi bukan sekadar jadi yang pertama: Bagaimana Toyota membina teknologi untuk jangka panjang

Inovasi bukan sekadar jadi yang pertama: Bagaimana Toyota membina teknologi untuk jangka panjang

6 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN