Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Taikun teknologi dihimpun untuk rungkai isu Covid-19

Enam syarikat taikun gergasi teknologi merupakan antara yang dinyatakan oleh White House terlibat dalam telesidang bersama dalam usaha untuk memerangi wabak Covid-19. Syarikat berkenaan adalah Amazon, Apple, Facebook, Google, Microsoft dan Twitter antara  yang disenaraikan oleh White House selain syarikat gergasi teknologi lain.

Ketua Pegawai Teknologi AS, Michael Kratsios yang mengetuai mesyuarat itu, meminta syarikat-syarikat untuk memanfaatkan kecanggihan teknologi bagi mendapatkan pandangan perubatan daripada pengkalan data baru yang mengumpulkan kajian berkaitan Covid-19. Pangkalan data baru ini akan dikeluarkan White House tidak lama lagi.

Pertemuan yang berlangsung kira-kira dua jam itu, turut membincangkan mengenai cara menghentikan penyebaran teori konspirasi covid-19 di laman media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Syarikat-syarikat teknologi telah bertindak balas terhadap wabak ini dengan membatalkan persidangan, mengambil langkah-langkah untuk memerangi maklumat yang salah di platform mereka dan mengarahkan pekerja untuk bekerja dari rumah.

Dalam isu penularan Covid-19, syarikat-syarikat seperti Apple dan Amazon juga telah mengalami gangguan pengeluaran dan bekalan akibat daripada wabak virus.

Apple, pada bulan Februari 2020 mengumumkan bahawa mereka menjangkakan pengurangan bekalan iPhone yang juga akan menyebabkan penurunan dari segi jualan. Syarikat gergasi telefon pintar, Samsung juga dilaporkan melewatkan pengeluaran beberapa peranti ekoran penularan wabak covid-19 di negara asal, Korea Selatan.

Syarikat-syarikat seperti Apple, Google, Twitter dan Facebook juga berjanji untuk membayar gaji mengikut jam kepada pekerja yang terjejas oleh virus itu. Uber, Lyft, Doordash dan Postmates juga mempertimbangkan bantuan kewangan untuk membantu pemandu mereka.

Sememangnya penularan covid-19 menekan kuasa besar seperti Amerika Syarikat sehingga membawa kepada telesidang dengan syarikat gergasi teknologi. Adakah pertemuan ini akan memberi impak lebih besar atau sekadar menyelesaikan isu alam maya ?

BACA  Kasut but Zara ini memudahkan pemakai menangkap Pokémon

Sumber: CNET