• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WHO Klasifikasikan Semula COVID-19 Sebagai Pandemik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:17 am
  • 12/03/2020
  • Komen
WHO Klasifikasikan Semula COVID-19 Sebagai Pandemik
Share on FacebookShare on Twitter

Asalnya digolongkan sebagai epidemik, kini COVID-19 diklasifikasikan sebagai pandemik. Ia selepas maraknya penyebaran virus ini merentasi wilayah dan kini telah melibatkan 120,000 orang di 100 buah negara di seluruh dunia selepas 71 hari kes pertama dikesan di China.

WHO Isytihar “Darurat Global” Untuk Banteras 2019-nCoV

Dalam masa dua minggu ini, WHO telah melaporkan yang kes jangkitan COVID-19 telah meningkat tiga ganda dan bukan saja jangkitan, malahan mereka menjangkakan angka kematian akan menelusuri kemudian. Berdasarkan penilaian tersebut, mereka kini menggelar COVID-19 sebagai satu pandemik.



? BREAKING ?

"We have therefore made the assessment that #COVID19 can be characterized as a pandemic"-@DrTedros #coronavirus pic.twitter.com/JqdsM2051A

— World Health Organization (WHO) (@WHO) March 11, 2020

Beza epidemik dengan pandemik daripada segi pengertian ialah, penyakit dalam kategori epidemik tidak merentasi kawasan besar dan berlaku dalam komuniti tertentu. Contohnya ialah Ebola yang kini melanda benua Afrika. Tapi untuk pandemik, penyakit itu tersebar tanpa mengira komuniti dan merentasi sempadan. Contoh paling mudah ialah AIDS/HIV.

Setakat artikel ini ditulis, 90% kes jangkitan dilaporkan datangnya daripada empat negara iaitu China, Itali, Iran, dan Korea Selatan. WHO menyarankan kepada semua negara-negara anggota supaya mengambil langkah proaktif seperti kesan, uji, dan asingkan suspek supaya kluster baru tidak timbul.



#COVID19 Statistik terbaru WHO, 11 Mac 2020.

Kes di Itali melepasi 10,000 dengan 631 kematian.

Amerika Syarikat, UK dan Jepun juga berlaku peningkatan kematian.

Mesir dan Indonesia catat kematian pertama akibat virus itu. pic.twitter.com/SQeNyeh9vn

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 11, 2020

Di Malaysia, ita sudah ada 149 kes dengan 0 kematian dicatatkan. Negara jiran, Indonesia, sudah ada 27 kes dan 1 kematian.

Tags: CoronavirusCOVID-19
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

WHO Klasifikasikan Semula COVID-19 Sebagai Pandemik

WHO Klasifikasikan Semula COVID-19 Sebagai Pandemik

12 March 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN