• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5G sah tidak undang mudarat kepada kesihatan

  • OLEH Ghazali Alias
  • 8:05 pm
  • 13/03/2020
  • Komen
Laporan Akhir SKMM membentangkan peruntukan Spektrum 5G di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Tahukah anda rangkaian 5G yang anda akan kita gunakan nanti menggunakan gelombang radio berfrekuensi paling tinggi dalam industri telekomunikasi? Sudah tentu ia menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengguna sebab ia akan mula dipancarkan oleh pencawang telekomunikasi di sekeliling mereka.

Tapi jangan risau. International Comission on Non-Ionizing Radiation Protection (ICNIRP), badan dunia yang bertanggung-jawab mengkaji kesan radiasi tak terion terhadap manusia, telah mengesahkan yang radiasi gelombang yang digunakan 5G tidak akan membahayakan kesihatan manusia.



Ia selepas pihak mereka mengemas kini piawaian telekomunikasi yang telah berusia 20 tahun itu untuk memasukkan maklumat keselamatan berkaitan penggunaan gelombang berfrekuensi tinggi untuk rangkaian 5G. Dengan langkah tersebut, mereka berharap dapat meleraikan kerisauan yang bercambah dalam kalangan pengguna.

Pihak mereka juga telah lakukan banyak kajian untuk menyiasat kesan gelombang elektromagnetik jenis ini terhadap sel organik. Untuk pengetahuan anda, gelombang elektromagnetik yang digunakan pada rangkaian 5G tidak miliki daya penembusan yang cukup untuk merosakkan sel organik, sebahagian besar tenaga yang terkandung padanya hilang semasa menghentam permukaan sel.



Untuk berikan anda perspektif, radiasi yang dikeluarkan pencawang telekomunikasi berhampiran anda berada pada tahap 1% daripada had maksimum. Tambahan pula, menurut piawaian keselamatan ICNIRP, apabila pencawang beroperasi di tahap maksimum, radiasi yang dipancarkan mencapai 50% had maksimum.

Secara realitinya, penggunaan 5G setakat yang digunakan di Amerika Syarikat mempunyai kadar perlepasan gelombang di bawah kadar maksimum yang dibenarkan. Di UK pula, frekuensi radio 5G yang digunakan di sana masih sama seperti yang digunakan telefon bimbit sejak tahun 1998.

Rangkaian 5G ternyata tidak memberikan kesan terhadap kesihatan seperti yang digembar-gemburkan. Namun tidak dinafikan bahawa masih ada yang meraguinya. Anda masih ragu-ragu dengan 5G?

Sumber: The Guardian, BBC

Tags: 5gJalur lebar
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Laporan Akhir SKMM membentangkan peruntukan Spektrum 5G di Malaysia

5G sah tidak undang mudarat kepada kesihatan

13 March 2020
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER