• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perlis ganti Solat Jumaat dengan solat Zohor, Menteri Agama masih belum putuskan untuk masjid seluruh negara

  • OLEH Najib
  • 12:19 pm
  • 13/03/2020
  • Komen
Perlis ganti Solat Jumaat dengan solat Zohor, Menteri Agama masih belum putuskan untuk masjid seluruh negara
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memutuskan solat Jumaat di seluruh Perlis hari ini digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing. Keputusan itu dibuat bagi menjunjung titah perintah dan perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail susulan penularan kes COVID-19 di negara ini.

MAIPs dalam kenyataannya menjelaskan, “Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta agar sebarang perhimpunan berskala besar, termasuklah aktiviti agama, hendaklah dielakkan. Oleh yang demikian, pengurusan masjid-masjid di seluruh negeri Perlis hendaklah mengelakkan daripada melaksanakan apa-apa aktiviti perhimpunan awam berskala besar buat masa ini,”.



Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata kepada pemberita pagi ini, arahan untuk solat Jumaat digantikan dengan solat Zuhur di rumah hanya akan diputuskan dalam tempoh dua hingga tiga jam lagi. Ia dimaklumkan pada pukul 9.15 pagi tadi tetapi keputusan masih belum dikeluarkan pukul 12 tengah hari ini.

Perkara ini berbeza dengan kenyataan Datuk Seri Dr Zulkifli semalam, yang meminta Solat Jumaat diteruskan di masjid seluruh negara. Bagaimanapun, setiap masjid perlu mengambil langkah bagi mengurangkan risiko penyebaran Covid-19.



“Orang ramai disarankan mengambil wuduk di rumah sebelum ke masjid dan khutbah perlu dipendekkan bagi mengurangkan jemaah terdedah dengan persekitaran,” katanya yang turut menyarankan pihak masjid menyediakan topeng muka dan cecair pembasmi kuman.

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani

Tags: COVID-19MAIPsSolat Jumaat
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Perlis ganti Solat Jumaat dengan solat Zohor, Menteri Agama masih belum putuskan untuk masjid seluruh negara

Perlis ganti Solat Jumaat dengan solat Zohor, Menteri Agama masih belum putuskan untuk masjid seluruh negara

13 March 2020
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER