• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bill Gates tidak lagi menjadi lembaga di Microsoft

  • OLEH Najib
  • 12:51 pm
  • 17/03/2020
  • Komen
Bill Gates tidak lagi menjadi lembaga di Microsoft
Share on FacebookShare on Twitter

Nama Bill Gates pasti dikenali ramai sebagai pengasas bersama syarikat perisian terbesar dunia, Microsoft. Beliau kini mengumumkan untuk berundur dari menjadi Lembaga Pengarah Microsoft, melepaskan jawatan dari mana-mana urusan berkaitan syarikat gergasi tersebut. Bagaimanapun beliau akan kekal menjadi Penasihat Teknologi kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft dan pimpinan yang lain.

Bill Gates sebelum ini telah mengasaskan syarikat Microsoft bersama kawan baiknya, Paul Allen pada tahun 1975. Beliau kemudian memegang jawatan sebagai CEO Microsoft sebelum melepaskannya pada tahun 2000, untuk memberi lebih tumpuan kepada Yayasan Bill & Melinda Gates yang didana menerusi hasil kekayaan beliau selaku salah seorang indidividu terkaya di dunia.



Walaupun tidak lagi menjadi CEO Microsoft, Bill Gates masih meneruskan kerja di Microsoft sebagai Pengarah dan Pengerusi Lembaga Pengarah Microsoft, sehingga beliau meletakkan jawatan ini sekarang. Walaupun masih menjadi penasihat, perletakan jawatan pengarah ini menandakan beliau tidak lagi terlibat secara langsung dengan pengurusan syarikat.

CEO Microsoft, Satya Nadella

CEO Microsoft, Satya Nadella menyatakan, ” Saya sangat teruja dapat bekerja dan belajar banyak perkara di samping Bill Gates selama ini. Beliau telah mengasaskan syarikat yang percaya dalam kuasa demokrasi perisian dan memiliki semangat tinggi dalam menyelesaikan pelbagai cabaran masyarakat. Lembaga Pengarah Microsoft turut menerima manfaat dari kepimpinan dan wawasan Bill Gates. Microsoft selaku syarikat akan terus memanfaatkan nasihat teknikal Bill Gates untuk memacu produk dan perkhidmatan di masa hadpaan. Saya akan terus bekerja di samping beliau, untuk merealisasikan misi kami bagi memperkasa setiap individu dan organisasi di planet ini untuk mengecapi pencapaian lebih tinggi.”



Sumber: The Verge, Microsoft

Tags: Bill GatesMicrosoft
Najib

Najib

POPULAR

Bill Gates tidak lagi menjadi lembaga di Microsoft

Bill Gates tidak lagi menjadi lembaga di Microsoft

17 March 2020
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN