Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Saluran filem Astro percuma untuk semua sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Rakyat Malaysia kini diarah untuk mengurangkan pergerakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Kerajaan menasihatkan syarikat untuk mengarahkan pekerja bekerja dari rumah serta tidak keluar rumah jika tiada perkara penting.

Astro mengambil langkah pro-aktif untuk turut sama menyumbang ke arah ketenteraman rakyat Malaysia apabila hari ini menawarkan semua saluran filem percuma untuk pengguna Astro dan Astro Go. Saluran percuma ini akan dibuka bermula pukul 6 pagi, hari Rabu 18 Mac 2020.

Saluran film percuma yang terlibat ialah:

  • BOO
  • HBO
  • Cinemax
  • FOX Movies
  • FOX Family Movies
  • FOX Action Movies
  • tvN Movies
  • Celestial Movies
  • Astro Citra
  • Tayangan Hebat
  • Thangathirai
  • BollyOne
  • HITS Movies
  • Celestial Classic Movies

Pelanggan Astro boleh menonton beberapa filem pecah panggung seperti “Avengers: End Game” di Fox Movies dan “Parasite” di tvN Movies. Selain menonton menerusi STB, ia juga boleh ditonton melalui aplikasi Astro Go yang boleh dimuat turun di Apple AppStore dan Google Playstore, atau menerusi pelayar di astrogo.astro.com.my.

Bagi pelanggan NJOI pula, Astro menawarkan dua saluran percuma iaitu saluran KIX dan Nat Geo WILD. saluran percuma ini diberikan kepada pelanggan Astro dan NJOI sehingga 31 Mac 2020. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.astro.com.my

BACA  Polis Tawar Diskaun 50% Saman Trafik Pada 25 Mac 2020