Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Grab, Foodpanda dan Dahmakan teruskan operasi dalam tempoh kawalan pergerakkan.

Arahan penutupan premis kerajaan dan swasta kecuali 23 sektor penting negara berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hinga 31 Mac tidak menghalang perkhidmatan penghantaran makanan untuk meneruskan operasi mereka. Antara syarikat yang mengumumkan untuk meneruskan operasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ialah Grab, Foodpanda dan Dahmakan.

Dalam muat naik status di Facebook, Grab menyatakan pihaknya akan terus mengendalikan pelbagai perkhidmatan penghantaran di bawah Pengangkutan dan GrabExpress, GrabFood (untuk makanan) dan di bawah GrabMart (untuk keperluan harian seperti makanan kering dan produk penjagaan kesihatan).

“Kami tetap komited untuk berkhidmat dan menyokong semua pemacu, rakan kongsi penghantaran, rakan dagang, penumpang dan kakitangan kami ketika kami melewati masa yang sukar ini bersama sebagai sebuah negara. Dengan yakin, kami akan terus memaklumkan anda dengan perkembangan selanjutnya,” tulisnya.

Dua lagi syarikat Foodpanda dan dahmakan turut memuat naik status di Facebook masing-masing yang menyatakan bahawa mereka juga akan meneruskan operasi disebalik dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan.

Foodpanda juga menerusi akaun Facebooknya turut menyatakan bahawa bagi memastikan faktor kebersihan terjaga, pihaknya  menyediakan sanitizer tangan dan topeng muka kepada semua rider. Mereka diarahkan untuk mencuci tangan setiap dua jam dan selepas setiap kali mereka mengendalikan penghantaran.

Tambah Foodpanda lagi, pihaknya menyarankan pengguna supaya menukar kaedah pembayaran kepada online bagi meminimumkan interaksi manusia terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Dahmakan pula memuat naik pesanan ringkas, “dahmakan akan meneruskan operasi dan menghantar makanan yang selamat serta bersih. Kekal selamat dan tinggal di dalam rumah.”

Jadi untuk semua dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini anda dinasihatkan untuk duduk di rumah. Anda tidak perlu gusar untuk mendapatkan bekalan makanan. Kalau lapar order dalam talian sahaja lah.

BACA  3 fungsi terbaru Instagram ini bakal bantu anda basmi buli siber

Sumber: Malay Mail, Dahmakan, Grab, Foodpanda