Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

20GB hanya RM20 sempena ulangtahun kedua Yoodo

Yoodo merupakan satu bentuk telekomunikasi serba baru di mana ia membenarkan pengguna bertukar pelan bila-bila masa. Kini mereka menyambut ulangtahun kedua dan menawarkan banyak promosi dan fungsi baru yang boleh digunakan pengguna bermula hari ini.

Kempen ulangtahun kedua Yoodo diadakan dari 17 Mac hingga 31 Mei 2020. Promosi utama dalam kempen ini ialah data asas 20GB berharga hanya RM20. Pada kadar biasa, pengguna Yoodo perlu membayar RM25 untuk 5GB data asas atau RM40 bagi 15GB data asas.

Bagi pengguna sedia ada, anda boleh melanggan promosi baru ini di dalam kitaran pelan seterusnya. Atau, anda boleh mengubahnya sekarang tanpa perlu menunggu kitaran seterusnya. Ia merupakan satu fungsi baru dan baik digunakan jika data asas dan Add-On telah habis.

Untuk Add-On, Yoodo kini menambah data khas permainan Call of Duty Mobile berkadar RM5 untuk 20GB. Bagi Add-On PUBG, ia masih percuma sebanyak 20GB.

Yoodo juga kini menambah banyak tawaran baru. Sebelum itu, pastikan anda telah mengemaskini aplikasi Yoodo ke versi terkini untuk menikmatinya.

Pengguna Yoodo kini boleh menerima Ganjaran untuk pembelian Add-On atau Pas Roaming. Dengan setiap 10 pembelian Add-On atau Pas Roaming, pengguna akan menerima ganjaran Add-On atau Pas Roaming tersebut.

Selain itu, Yoodo juga memperkenalkan pelan Power Pass. Pelan ini memberikan pengguna sebanyak 100GB data berharga hanya RM2. Tetapi ia boleh digunakan selama 60 minit sahaja dan untuk kegunaan di dalam Malaysia, tidak untuk perayauan di luar negara. Pelan ini boleh juga digunakan untuk hotspot, jadi ia sangat sesuai untuk pengguna yang memerlukan data yang banyak pada masa singkat.

Bagi perayauan data luar negara, Yoodo mengemaskini pelan Roam Like Home (RLH) dengan melancarkan tiga pas mengikut hari, dengan harga mengikut zon negara. Pas perayauan RLH kini boleh dilanggan untuk kegunaan 1-hari (24-jam), 3-hari (72-jam) atau 7-hari (168-jam). Harganya pula mengikut negara Zon A, Zon B atau Zon C.

BACA  Microsoft matikan Cortana di beberapa platform bermula September 2020

Boleh dikatakan, ini adalah pembaharuan terbesar di Yoodo dalam satu kemaskini sejak ia dilancarkan dua tahun lepas. Sememangnya Yoodo adalah penyedia internet mudah alih paling fleksibel dengan ciri-ciri terbaharu ini.

Kad sim Yoodo boleh diterima secara percuma dan ia datang bersama 7GB juga percuma untuk pengguna baru. Jika berminat untuk mendapatkan kad sim Yoodo, boleh mendaftar di sini.