• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple bakal lancar dua saiz iPhone 9

  • OLEH Najib
  • 2:08 pm
  • 18/03/2020
  • Komen
Apple bakal lancar dua saiz iPhone 9
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah sekian lama kita mendengar khabar bahawa Apple akan melancarkan iPhone bajet, buat masa ini digelar sebagai iPhone 9. Ia menggunakan konsep seperti di iPhone SE, di mana iPhone 9 menggunakan badan iPhone 8 tetapi memiliki kuasa dalaman iPhone 11.

Tetapi perancangan Apple mungkin bukan setakat itu sahaja. 9to5Mac melaporkan, mereka menemui bukti di dalam kod sistem operasi iOS 14, di mana Apple sedang mengusahakan iPhone 9 yang lebih besar, iaitu iPhone 9 Plus. Ini menuruti model-model iPhone sebelum ini sejak iPhone 6, di mana dua model iPhone dilancarkan untuk setiap siri iaitu iPhone biasa dengan skrin 4.7-inci dan iPhone “Plus” dengan skrin 5.5-inci.



iPhone 8 Plus dan iPhone 8

Dalam penemuan itu lagi, mereka mendapati iPhone 9 dan iPhone 9 Plus ini akan dikuasakan cip A13 Bionic, sama seperti di iPhone 11 dan iPhone 11 Pro. Selain itu, menggunakan badan seperti iPhone 8 dan iPhone 8 Plus, model terbaru ini akan dilengkapi pengimbas capjari Touch ID dengan butang bukan mekanikal. Tiada pengimbas muka Face ID seperti di iPhone 11. Ia dipadankan dengan “Enjin Taptik” yang memberi getaran seperti menekan butang fizikal.

Walaupun dikelaskan sebagai iPhone bajet, iPhone 9 akan datang bersama ciri-ciri terbaru seperti Apple Pay dengan fungsi Express Transit. Ia juga berupaya untuk mengimbas tag NFC tanpa melancarkan aplikasi, satu fungsi yang hanya ada di iPhone XR, iPhone XS dan iPhone 11, tiada di iPhone 8 atau iPhone X.



Penemuan ini bagaimanapun masih belum mengesahkan nama rasmi untuk telefon bajet terbaru Apple ini. Nama iPhone 9 kuat diperkatakan kerana Apple masih belum menggunakannya, melompat dari iPhone 8 terus ke iPhone X. Malah, rupa yang menyerupai iPhone 8 juga menandakan ia naik taraf dari model tersebut. Nama lain yang diperkatakan adalah iPhone SE2. Tetapi Tim Cook mungkin juga membuat kejutan dengan memberi nama lain.

iPhone 9 ini dijangka akan dijual pada harga USD399 (~RM1,738). Dari harga iPhone 8 sebelum ini, versi Plus biasanya dijual USD100 lebih mahal dari versi biasa. Apple pada awalnya telah menjadualkan pelancaran iPhone 9 pada hujung bulan Mac 2020. Tetapi penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia merencatkan pengeluaran, sekaligus mungkin membuatkan Apple terpaksa menangguhkan pelancarannya.

Sumber: The Verge, 9to5Mac

Tags: ApplappleiPhone 9iPhone SE 2
Najib

Najib

POPULAR

Apple bakal lancar dua saiz iPhone 9

Apple bakal lancar dua saiz iPhone 9

18 March 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN