• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Pelancaran iPhone 9 dan iPhone 12 berhadapan pembatalan

  • OLEH Najib
  • 11:18 am
  • 11/03/2020
  • Komen
[Reviu] Ulasan Awal iPhone XR, kurang berbaloi tapi paling murah untuk kelasnya
Share on FacebookShare on Twitter

Apple diwar-warkan akan mengadakan satu majlis pelancaran pada hujung bulan Mac, dijangka memperkenalkan telefon pintar bajet baru, iPhone 9 serta tablet berkuasa tinggi iPad Pro dengan tiga kamera belakang. Bagaimanapun, acara tersebut berkemungkinan besar tidak akan diadakan.

Akibat penularan wabak COVID-19 yang pesat di Amerika Syarikat, sumber dalaman dari Apple mengesahkan majlis pelancaran pada bulan Mac telah dibatalkan. Perkara ini dikongsikan oleh Jon Prosser dari laman Front Page Tech. Beliau menjelaskan, sumber beliau memaklumkan walau acara tersebut dibatalkan, produk baru Apple akan tetap dilancarkan.



Keep in mind – products will still be announced / released either way.

— jon prosser (@jon_prosser) March 8, 2020

Acara tersebut dibatalkan untuk mengelakkan pengumpulan orang ramai dalam satu lokasi. Pada asalnya, ia dijadualkan akan diadakan pada 31 Mac 2020 bertempat di Steve Jobs Theater, di ibupejabat Apple di Santa Clara County. Bagaimanapun, bandar tersebut merupakan lokasi paling terjejas akibat penularan COVID-19 di Amerika Syarikat dan Jabatan Kesihatan tempatan telah melarang sebarang perhimpunan lebih dari 1,000 orang. Bermakna, acara tersebut akan tetap dibatalkan oleh pihak berkuasa jika diteruskan.

Pembatalan acara pelancaran seperti ini bukanlah perkara baru. Pameran teknologi mudah alih terbesar dunia, MWC 2020 di Barcelona yang dibatalkan pada akhir bulan Februari, telah mengakibatkan pembatalan banyak acara pelancaran produk baru. Walaupun begitu, kebanyakan acara pelancaran tersebut diubah menjadi majlis pelancaran dalam talian, di mana ia disiarkan secara langsung tanpa dihadiri orang ramai.



Apple dijangka akan menggunakan cara yang sama, di mana pelancaran produk baru akan diteruskan mengikut jadual tetapi tidak dibuat secara fizikal, yang memerlukan kehadiran orang ramai. Pilihan terakhir adalah menyediakan siaran akhbar menerusi laman web Apple Newsroom.

Bagaimanapun, Apple berkemungkinan besar tidak akan melancarkan telefon pintar bajet yang baru, iPhone 9 pada akhir bulan ini. Pelancaran tablet baru iPad Pro dijangka diteruskan dan menjadi produk utama pada acara tersebut.

  • iPhone 9
  • iPad Pro

Ini kerana permintaan untuk telefon pintar pada suku pertama tahun ini menjunam teruk di mana pasaran di China sahaja jatuh 60% pada bulan Februari, akibat penularan wabak COVID-19. Beberapa kedai rasmi Apple di China masih ditutup dan kilang penghasilan iPhone beroperasi dengan sangat perlahan. Apple sendiri telah memberi amaran kepada pelabur bahawa jangkaan keuntungan untuk suku pertama tidak dapat dicapai.

Penangguhan pelancaran iPhone 9 akibat COVID-19 ini mungkin akan memberi kesan kepada acara Apple yang lain, seperti WWDC pada bulan Jun dan pelancaran iPhone 12 pada bulan September. Apple juga telah menyekat pergerakan pekerja di dalam dan luar China, dan ini mengakibatkan pembangunan dan ujian berkaitan iPhone 12 terjejas.

Sumber: PhoneArena, Jon Prosser

Tags: appleiphoneiphone 12iPhone 9
Najib

Najib

POPULAR

[Reviu] Ulasan Awal iPhone XR, kurang berbaloi tapi paling murah untuk kelasnya

Pelancaran iPhone 9 dan iPhone 12 berhadapan pembatalan

11 March 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER