Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pengeluaran iPhone mungkin terencat akibat Koronavirus

Tahukah anda, semua telefon pintar iPhone dihasilkan di China? Apple mempunyai dua syarikat pengeluar iPhone di China, satu oleh Foxconn’s Hon Hai Precision Industry Co di Zhengzhou dan satu lagi oleh Pegatron Corp berhampiran Shanghai.

Gambar: China Discovery

Kedua-dua lokasi pengeluaran ini terletak lebih 500km dari Wuhan, tetapi ia kelihatan tidak terlepas dari terkena tempias wabak Koronavirus yang berpusat di Wuhan. Hanya dengan satu gangguan besar samada di sumber bahan mentah, penghasilan, pemasangan, ujian, atau penghantaran, ia boleh menjejaskan seluruh pengeluaran.

Ramai menantikan kenyataan dari Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook semasa pembentangan terkini kewangan pada suku lepas dan impaknya kepada Apple, tetapi beliau tidak berkata apa berkaitannya. Minggu lepas, Tim Cook berkicau di twitter mengatakan, Apple akan menderma kepada kumpulan dan pasukan yang turun membantu mereka yang terkesan.

Mengikut kebiasaan, Apple akan melancarkan model flagship baru pada bulan September. Jika berlaku gangguan pengeluaran sekarang, ia mungkin tidak terlalu menjejaskan produk yang akan dilancarkan 9 bulan dari sekarang.

Tetapi khabar angin mengatakan Apple mahu melancarkan model bajet baru sekitar bulan Mac akan datang. Untuk menyediakan stok selepas pelancaran, kilang pengeluaran harus bersedia sebulan sebelum mula dijual. Gangguan pada waktu ini boleh menjejaskan perancangan Apple untuk melancarkan model baru pada bulan Mac kelak.

China dilaporkan telah menutup 20 bandar dalam usaha membendung penularan wabak Koronavirus. Jalan masuk dan keluar bandar tersebut disekat, manakala operasi pusat beli-belah dan tempat tumpuan awam diarahkan ditutup.

BACA  Fitbit lancar 3 peranti kecergasan baru: Sense, Versa 3 & Inspire 2

Sumber: Bloomberg