Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Grab Kongsi Inisiatif Yang Mereka Ambil Untuk Bendung COVID-19

Sedang negara menjalani Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac 2020, tentu ramai rakyat yang berpaling kepada perkhidmatan penghataran untuk mendapatkan barangan keperluan. Servis Grab seperti GrabFood, GrabExpress, GrabMart, dan GrabCar terus beroperasi sepanjang perintah tersebut.

Untuk mengurangkan risiko penyebaran, Grab menggariskan beberapa langkah yang diambil mereka.

Yang pertama adalah mereka kini mengamalkan “Contactless Deliveries” ataupun penghantaran tanpa kontak rapat. Ia bagi  mengekalkan jarak sosial antara individu, seperti yang disarankan kerajan.

Untuk penghantaran GrabFood, semua pesanan dibungkus kemas mengikut piawaian Grab. Mereka juga sedang mempertimbangkan penghantaran makanan menggunakna kereta untuk jadi sumber pendapatan kepada kontraktor Grab Car mereka.

Sekiranya anda mendapati pemandu Grab ataupun pengguna Grab lain yang mempamerkan gejala COVID-19, anda memaklumkannya menerusi APP Grab. Ia membolehkan Grab mengambil langkah sewajarnya seperti mengenakan sekatan sementara terhadap akaun Grab tersebut.

Sebagai pampasan, RM1,000 akan diberikan kepada pemandu Grab yang positif COVID-19 manakala RM300 kepada pemandu yang perlu jalanan kuarantin.

BACA  Perdana Menteri mahu umum lanjutan moratorium petang ini