iPad Pro (2020) Terima Tambah Baik Saujana Dan Bersedia Gantikan Laptop Anda

Kali terakhir iPad Pro terima kemas kini ialah pada Oktober 2018 dengan prubahan yang palin ketara adalah penggunaan USB-C sebagai penyambungan fizikalnya. Tapi untuk tahun 2020, kemas kini iPad Pro hadir lebih awal dan bukan sahaja awal, malahan pembaharuannya sangat signifikan sehinggakan mereka berani meletakkan sebaris dengan laptop, dan bukannya tablet.

Apple dilihat ingin memadamkan sempadan antara pengkomputeran tablet dan komputer riba sejak 2018 lagi dan ini adalah langkah yang seterusnya. iPad Pro (2020) ini mewarisi semua ciri 2018 seperti port USB-C, sokongan Apple Pencil, Face ID, dan sebagainya.

Salah satu benda menarik dengan produk kali ini ialah Magic Keyboard. Ia kini ada bahagian peka sentuhan seperti trackpad dan ada lampu latar LED. Ipad bersambung padanya secara menggunakan magnet dan dicas secara wayarles.

Tapi disebalik fizikaliti yang nampak serupa, anda akan temui SoC A12Z Bionic. Katanya, ini adalah cip pertama Apple yang megandungi 8 teras dan dua kli lebih banyak teras dalam GPU berbanding cip A13.

Sungguhpun tidak berkongsi spesifikasi teknikal cip tersebut, melalui material pengiklanan mereka, Apple mensasarkan tablet ini untuk kegunaan pembangun kandungan seperti peyuntingan video 4K, rekaan 3D dan sebagainya. Ia mencadangkan tablet ini miliki kuasa yang tinggi untuk menggalas tugasan berat tersebut.

Kamera belakang kini ada dua buah. Kamera asal 12MP dikekalkan dan ada satu kamer abaru iaitu yang bersudut pandang ultralebar bersensor 10MP. Seperti biasa, iPad Pro hadir dalam dua saiz, satu 11” dan satu lagi 12.9”.

Beberapa tambah baik yang juga perlu anda ketahui adalah seperti:

  • Sokongan Wi-Fi 6
  • Pengimbas LiDAR untuk mengukur kedalaman medan

Ada berita baik tentang harga iPad Pro kali ini. iPad Pro dijual pada harga bermula RM3,499, sama seperti model 2018 tapi storannya telah ditambah sekali ganda, daripada 64MP kepada 128MP.

Berikut adalah senarai penuh harga iPad Pro (2020):

iPad Pro 11”

  • 128GB+Wi-Fi – RM3,499
  • 128GB+LTE- RM4,149
  • 256GB+Wi-Fi – RM3,949
  • 256GB+LTE – RM4,599
  • 512GB+Wi-Fi – RM4,849
  • 512GB+LTE – RM5,499
  • 1TB+Wi-Fi – RM5,749
  • 1TB+LTE – RM6,399

iPad Pro 12.9”

  • 128GB+Wi-Fi – RM4,399
  • 128GB+LTE – RM5,049
  • 256GB+Wi-Fi – RM4,849
  • 256GB+LTE – RM5,499
  • 512GB+Wi-Fi – RM5,749
  • 512GB + LTE – RM6,399
  • 1TB+Wi-Fi – RM6,649
  • 1TB+LTE – RM7,299

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.