Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Nokia 5.3: Telefon Android One Yang Daripada Ekakamera, Jadi Kuadkamera

Nokia 5.3 adalah kesinambungan keada Nokia 5.1 yang dilancarkan dalam bulan Mei 2018 yang lalu. Tapi pada edisi 5.3 ini, ada beberapa penambahbaikkan dibawakan pengeluarnya untuk kekal releven dalam segmen kelas pertengahan.

Paling ketara adalah naik taraf kamera belakang. Edisi terdahulu diberikan satu kamera, kali ini ia ada empat buah kamera belakang. Tapi spesfikasinya taklah gempak tapi lebih kepada praktikaliti. Anda terima kamera 13MP, 2MP (bokeh), 5MP (ultralebar), dan 2MP (makro). Gabungan ini lantas jadikan Nokia 5.3 lebih versatil pada bahagian pengimejan.

Walau bagaimanapun, kamera selfie 8MP masih dikekalkan daripada generasi terdahulu.

Untuk spesifikasi lain, Nokia 5.3 diberikan paparan HD+ sebesar 6.55” serta dikuaskaan Snapdragon 665 dengan RAM antara 3/4/ ataupun 6GB. Telefon ini dibekalkan storan seluas 64GB dan boleh diperluas sehingga 512GB.

Agak besar bateri yang dibekalkan pada telefon ini. Ia ada tangki 4,000mAh dengan pengecasan 10W.

Di Eropah, telefon ini dijual pada harga bermula EUR189 (RM892). Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  COVID-19: Tak guna mySejahtera punca sukar kesan kontak rapat kluster Sivagangga