Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Dapatkan Telefon Samsung Paling Berbaloi Bawah RM800 Ini

Kalau anda sedang mencari telefon berpaparan dan berbateri besar, Samsung ada satu calon yang amat sesuai. Bukan saja memenuhi keperluan anda, malahan tak kosongkan poket. Samsung Galaxy M31 akan dijual pada harga RM799 pada waktu terhad.

Galaxy M31 menampilkan paparan Super AMOLED sebesar 6.4” dalam resolusi FHD+. Di bahagian dahinya ada takuk berbentuk titisan air yang menempatkan kamera selfie 32MP. Di bahagian belakang, ia dilengkapi kuadkamera belakang dengan kamera 64MP, 8MP (ultralebar), 5MP (bokeh), dan 5MP (makro).

Atas papan utama, ia diperkasa Exynos 9611, SoC yang sama boleh anda temui pada Galaxy A51. Menemani SoC itu ialah RAM sebesar 6GB dan storan seluas 128GB dan boleh diperluas.

Salah satu ciri menarik Galaxy M31 selain harganya ialah kapasiti baterinya yang superbesar. Untuk sebuah telefon pintar, 6,000mAh adalah satu kapasiti yang besar. Lebih menarik, ia menyokong sistem pengecasan pantas 15W.

Galaxy M31 ini akan mula dijual bermula 27 Mac 2020 ini. Harga RM799 yang saya katakan tadi ialah harga promosi untuk jualan kilat Lazada antara 12 tengah malam hingga 2 pagi. Selepas tempoh promosi, ia dijual pada harga RM1,099.

Saya katakan yang telefon berjenama Samsung adalah pilihan yang paling selamat digunakan oleh golongan yang kurang arif tentang telefon. Sebabnya, sistem antara muka OneUI yang digunakannya bebas iklan jika dibandingkan dengan kebanyakan produk jenama China. Kalau sarat dengan iklan, kita tak tahu iklan mana yang mereka tekan dan berisiko dihinggapi malware.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  PKPB: Polis kurangkan sekatan jalan raya, pergiat pemantaun dan rondaan di seluruh negara