• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Solat Jumaat sepanjang bulan Mac dibatalkan di seluruh negara

  • OLEH Najib
  • 11:52 am
  • 20/03/2020
  • Komen
Perlis ganti Solat Jumaat dengan solat Zohor, Menteri Agama masih belum putuskan untuk masjid seluruh negara
Share on FacebookShare on Twitter

Solat Jumaat, solat jemaah dan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau dibatalkan sehingga hujung bulan Mac. Ia selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa dari 18 hingga 31 Mac, serta keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

Bermakna, solat Jumaat untuk hari ini 20 Mac, serta pada 27 Mac tidak akan dilaksanakan. Orang ramai diminta untuk duduk di rumah dan melaksanakan Solat Zohor di umah sahaja.



Perkara ini dimaklumkan oleh Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdama menteri (Hal Ehwal Agama) selepas mendapat perkenan dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Walaupun pada awalnya perkara ini tertakluk kepada Wilayah Persekutuan sahaja, arahan dari PKP menjadikan ia berkuatkuasa di seluruh Malaysia.

Malaysia juga telah mencatat dua kematian berkaitan COVID-19, di mana salah seorang darinya adalah Muslim. Seperti di dalam kenyataan yang sama, jenazah COVID-19 boleh diuruskan melalui prosedur tayammum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut, bagi mengelakkan jangkitan.



Orang ramai digesa untuk tidak keluar dan kekal duduk di dalam rumah. Jangan keluar melainkan ada perkara yang sangat penting seperti membeli barang keperluan atau ubatan. Jika perlu, hanya seorang sahaja yang pergi, tidak membawa orang lain bagi meminimakan pergerakan. Pastikan juga untuk menjarakkan diri dari orang lain, sekurang-kurangnya 1 meter seperti semasa membuat bayaran.

Perintah Kawalan Pergerakan selama 2 minggu ini penting untuk memutuskan penularan wabak COVID-19. Jika tidak berjaya, Malaysia mungkin berhadapan gelombang ketiga yang lebih dahsyat. Ini akan mengakibatkan kerajaan terpaksa melanjutkan PKP untuk terus membendung COVID-19 dari terus menular.

Sumber: Dr Zuklifli

Tags: COVID-19Perintah Kawalan PergerakanSolat Jumaat
Najib

Najib

POPULAR

Perlis ganti Solat Jumaat dengan solat Zohor, Menteri Agama masih belum putuskan untuk masjid seluruh negara

Solat Jumaat sepanjang bulan Mac dibatalkan di seluruh negara

20 March 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN