• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Yoodo boleh terima 7GB data percuma sehingga hujung April

  • OLEH Najib
  • 10:18 am
  • 20/03/2020
  • Komen
Pengguna Yoodo boleh terima 7GB data percuma sehingga hujung April
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang meminta rakyat Malaysia tidak keluar dan duduk di rumah sahaja, syarikat telekomunikasi mula menjalankan inisiatif mereka bagi meringankan beban pengguna. Yoodo turut serta dalam inisiatif ini apabila menawarkan data percuma kepada semua pengguna aktif setiap minggu.

Bermula hari ini, pengguna Yoodo akan menerima 1GB data percuma pada hari Jumaat 20 Mac. Seterusnya, Yoodo akan memberikan 1GB data percuma pada setiap hari Isnin, bermula dari 23 Mac sehingga 27 April 2020. Jadual pemberian 1GB percuma ini adalah seperti berikut:



  • 20 Mac (Jumaat) – 1GB
  • 23 Mac (Isnin) – 1GB
  • 30 Mac (Isnin) – 1GB
  • 6 April (Isnin) – 1GB
  • 13 April (Isnin) – 1GB
  • 20 April (Isnin) – 1GB
  • 27 April (Isnin) – 1GB

Pengguna Yoodo hanya perlu memastikan talian mereka aktif untuk menerima 1GB percuma ini setiap minggu. Sejumlah 7GB data percuma boleh diterima pengguna Yoodo yang aktif. Talian Yoodo anda boleh aktif walaupun melanggan hanya SMS dari serendah RM3 atau Panggilan dari serendah RM5.

Jika anda layak untuk menerima 1GB data percuma dan masih belum menerimanya pada 11:59 malam pada tarikh-tarikh yang dinyatakan, sila hubungi khidmat pelanggan Yoodo melalui Live Chat di laman web Yoodo. Maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh didapati di sini.



Yoodo baru-baru ini melancarkan promosi 20GB data asas pada harga RM20 sahaja, sempena ulangtahun keduanya. Selain itu, ia juga memperkenalkan beberapa pelan baru seperti perayauan data lebih lama, program ganjaran pengguna setia dan Power Pass 100GB hanya RM2. Maklumat lanjut promosi dan pelan baru ini boleh dirujuk di sini.

Kalau anda bukan pelanggan Yoodo dan mahu mencubanya, kad sim Yoodo boleh diterima secara percuma dan ia datang bersama 7GB juga percuma untuk pengguna baru. Jika berminat untuk mendapatkan kad sim Yoodo, boleh mendaftar di sini.

Sumber: Yoodo

Tags: COVID-19Perintah Kawalan Pergerakanyoodo
Najib

Najib

POPULAR

Pengguna Yoodo boleh terima 7GB data percuma sehingga hujung April

Pengguna Yoodo boleh terima 7GB data percuma sehingga hujung April

20 March 2020
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN