• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 6 dilancarkan di Malaysia dengan harga lebih tinggi

  • OLEH Najib
  • 9:38 pm
  • 22/03/2020
  • Komen
Realme 6 dilancarkan di Malaysia dengan harga lebih tinggi
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan masih berkuatkuasa, ia tidak menghalang hasrat Realme Malaysia untuk melancarkan telefon terbaru mereka, Realme 6. Bagaimanapun, pelancaran ini dibuat menerusi siaran langsung di Facebook Realme Malaysia sahaja.

Seperti diumum sebelum ini, hanya Realme 6 yang dilancarkan kali ini, tiada Realme 6 Pro bersama. Pelancaran versi Pro terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain, tanpa diberitahu sebabnya.



Realme 6 akan dijual di Malaysia pada harga RM999 dengan RAM 4GB dan storan 128GB. Harga ini jauh lebih tinggi berbanding Realme 5 semasa dilancarkan tahun lepas. Terlalu banyak naik taraf di Realme 6 jika dibandingkan dengan Realme 5, jadi harganya masih agak berbaloi.

Tetapi, anda boleh menikmati diskaun sebanyak RM200 jika membeli Realme 6 semasa jualan kilat di Lazada. Pada sambutan ulangtahun ke-8 Lazada, pada 27 Mac 2020 di jualan kilat dari pukul 12 tengah malam sehingga 2 pagi, pengunjung boleh mendapatkan Realme 6 pada harga RM799 sahaja. Hanya 2 jam untuk menikmati diskaun RM200.



Terdapat dua warna Realme 6 yang akan dijual di Malaysia, digelar sebagai Comet Blue dan Comet White. Kepada yang berminat, jangan lupa ke Stor Rasmi Realme di Lazada sebelum pukul 12 tengah malam pada 27 Mac nanti.

Jika belum kenal, Realme 6 adalah telefon pintar yang dikuasakan pemproses Mediatek Helio G90T, kuasa yang sama ada pada Redmi Note 8 Pro. Di Malaysia, hanya satu variasi ditawarkan iaitu RAM 4GB dan storan 128GB. Ia menerima kad mikroSD untuk meluaskan storan, bersama dua kad sim nano untuk digunakan serentak.

Naik taraf terbesar telefon ini adalah pada skrinnya. Di Realme 5 dahulu ia menggunakan skrin HD, kali ini dipasang dengan skrin HD Penuh 90Hz. Skrin ini dari jenis LCD, berukuran 6.5-inci dengan lubang di atasnya untuk memuatkan kamera. Ia tiada pengimbas capjari di belakang, tetapi menggunakan pengimbas capjari di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Untuk kamera, ia dilengkapi empat kamera dalam susunan menegak iaitu kamera utama 64MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.3, kamera makro 2MP F2.4 dan kamera mono F2.4. Kamera belakang ini mampu merakam video sehingga 4K. Di hadapan pula, ia meletakkan kamera 16MP F2.0 di dalam lubang di bahagian atas skrin.

Baterinya juga dipertingkat, kini dengan kapasiti 4,300mAh dan menyokong pengecasan pantas Flash Charge 30W melalui USB-C. Telefon ini menggunakan sistem operasi Realme UI berasaskan Android 10.

Jika harga Realme 6 sendiri sudah hampir mencecah RM1,000, berapa pula harga yang akan dikenakan pada Realme 6 Pro kelak? Lebih menarik lagi, kita nantikan pengumuman dari Xiaomi Malaysia esok, yang akan melancarkan Redmi Note 9S. Ura-ura mengatakan harganya bermula dari RM799, tetapi mungkinkah ia promosi yang sama dengan Realme 6 ini? Kita tunggu esok.

Tags: RealmeRealme 6
Najib

Najib

POPULAR

Realme 6 dilancarkan di Malaysia dengan harga lebih tinggi

Realme 6 dilancarkan di Malaysia dengan harga lebih tinggi

22 March 2020
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN